Showing posts with label 2016. Show all posts
Showing posts with label 2016. Show all posts

Saturday, June 11, 2016

PROMOSI PREMIUM BEAUTIFUL RAMADHAN 2016


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dah hari ke berapa kita berpuasa ya?
Ada siapa boleh jawab tak?
Ok lah, hari ni dah masuk hari ke 6 kita berpuasa Ramadhan 
pada tahun 2016.

Ya Allah!!!
Cepat sangat kan?
Tak sedar pun dah masuk hari ke-6.
Kalau dulu masa kecil, nak habiskan seminggu puasa, 
memang rasanya macam sebulan.
Nak habiskan sebulan???
Memang rasa macam SETAHUN la.

Walau macam mana pun, ibadat kita tetap kena teruskan.
Iya lah, kita kan umat Islam
dan PUASA pula tersenarai dalam RUKUN ISLAM kita.

Ingat lagi tak apa RUKUN ISLAM???

1- Mengucap 2 kalimah Syahadah
2- SOLAT 5 waktu sehari semalam
3- BERPUASA di bulan Ramadhan
4- Mengeluarkan ZAKAT
5- Menunaikan HAJI jika berkemampuan
 
 
 PROMOSI PREMIUM BEAUTIFUL RAMADHAN 2016
 
 Sebenarnya hari ni saya nak cerita tentang 
Promosi Premium Beautiful yang saya nak offer 
pada semua sempena kedatangan bulan penuh 
Keberkatan, Ramadhan Al-Mubarak & akan disusuli 
dengan Hari Raya AidilFitri yang memang 
kita nanti-nantikan setiap tahun.

Promosi yang saya offer ni kerana saya nak 
kongsi kebaikan yang ada pada setiap
set Premium Beautiful ini dengan SEMUA 
orang. Kerana memang saya sendiri rasa awesome 
sangat-sangat dengan kelebihan teknologi yang
yang diterapkan di dalam rekacipta Korset Kesihatan ini.

Dalam kita kejar keanggunan Bentuk Tubuh yang langsing 
dan menawan, kita juga mesti mahukan kesihatan tubuh badan 
yang terbaik untuk kita menjalani hari-hari mendatang 
dengan Yakin.
 
Set Premium Beautiful boleh sumbangkan kedua-duanya
pada setiap individu yang mengamalkan pemakaian
yang konsisten dengan bimbingan Premium Beautiful Expert
yang terlatih khas daripada Top Leaders Circle.
 
Kecantikan Luaran & Dalaman
Bentuk Badan memang terbaik
Kesihatan semakin meningkat
Tidak perlu lagi supplement lain
 
Ini merupakan antara kebaikan yang kita boleh
dapat HANYA dengan pemakaian 
Set Premium Beautiful.
 
Apa yang lebih menakjubkan,
setiap Set Premium Beautiful mempunyai 
Jaminan Seumur Hidup @ Lifetime Warranty
di mana kita tak perlu risau lagi untuk beli yang lain
jika set yang ada mengalami masalah.
Anytime boleh hubungi saya untuk repair secara 
PERCUMA!!!
 
 *********************************************
 
PROMOSI RAMADHAN/AIDILFITRI 
 
FULL SET PREMIUM BEAUTIFUL
 
**Diskaun Istimewa
**Free Gift
**Free Shipping
**Free Consultant - Seumur Hidup
**Free Warranty - Seumur Hidup
 
**Dan juga berpeluang untuk beli
mana-mana Extra Product dengan 
SPECIAL PRICE!!!

*********************************************
 
Hubungi 
Paidi Hasan - 0145002339
Cik Yaya - 0199045851
 
Selamat Berpuasa 
Selamat Hari Raya AidilFitri  
 
 
 

Monday, February 1, 2016

MOVIE REVIEW : OLA BOLA - FILEM TERBAIK 2016 MALAYSIA





Petikan REVIEW daripada saudara Encik Pojie

OLA BOLA:
1. Aku jarang tengok filem tempatan dan lagi jarang aku buat review selepas kena paksa tonton oleh wife aku. Kali ini aku sendiri pergi tgk wayang sebab tertarik dengan iklan dia.


2. Kisah Ola Bola diinsipirasikan berdasarkan pengalaman Datuk Soh Chin Aun dan skuad Malaysia ketika kelayakan sukan Olimpik Moscow 1980.

3. Pengarah berjaya membawa senario dan keadaan 80an dengan berjaya dari segi pakaian, landskap, suasana meriah dan boleh rasa kita kembali ke zaman 80an.

4. Jalan cerita yang sangat beremosi dimana suka duka pahit getir pemain bola sepak negara dahulu yang bermain bermati-matian untuk negara. Its all about the pride. Ending yang sangat perit dimana sukan yang bertujuan untuk menyatukan manusia menjadi mangsa akibat politik dan perang.

5. Filem ini boleh dikatakan tentang bola sepak dari perspective kaum cina tetapi mmg penglibatan semua bangsa ditunjukkan. Terasa sangat iri hati melihat perpaduan orang zaman dahulu. Timbul persoalan di benak sanubari aku kenapa terjadi perpecahan seperti sekarang. Mungkin kesusahan zaman dahulu menyatukan semua orang.

6. Watak setiap pemain bola sepak berjaya dibawa dengan berjaya. Walaupun ada satu dua babak yg agak kaku tp aku rasa ianya sangat jujur. Cuma bg aku kalau player sabah tu ada slang sabah mesti lg best. Lg satu amoi awek Tauke mmg lawa giler...

7. Filem menunjukkan aksi sukan bg aku susah nak buat. Tak banyak filem yang boleh buat macam benar-benar ada perlawanan sebenar dan bukannya orang berlari ke hulu-hilir. Filem ini boleh berbangga dengan babak-babak perlawanan yang menarik utk kaki bangku mcm aku.

8. Babak yang paling meremangkan bulu roma aku masa player naik nuri (design 80an) nyanyi lagu "inilah barisan kira" sambil keluar view hutan di Malaysia yang tersangat cantik. Masih lagi ada hutan yang cantik di Malaysia. Terasa mcm nak menangis masa tu.

9. Jersy Malaysia dan jaket Malaysia yang sangat klasik. Aku harap tolonglah Nike keluarkan balik. 

10. Sejujurnya bg aku movie kita hanyalah sampah. Cerita yang selalu ada tentang gengster, mat motor, koporat keparat, kisah hantu dan kisah cinta bodoh semata-mata. Percayalah Ola bola mmg lain daripada lain. Sepanjang menonton tadi, Ola bola ini tak sekali pun mempermainkan intellectual aku. Ola bola hormat penonton.

11. Ianya sebuah movie malaysia mengenang kenangan lalu dimana satu Malaysia berasa sayang dan bangga dengan bola sepak kita. Dimana setiap lapisan masyarakat walaupun hidup dalam kesempitan dan kesusahan bersatu di belakang pasukan bola sepak kita dan pasukan bola sepak kita bermain bermati-matian utk negara semata-mata kerana tidak mengkhianati rakyat Malaysia.

12. Aku nak sangat semua orang pergi la tengok cerita ini kalau boleh dengan pakai jersy Malaysia terutama untuk generasi muda. Semoga akan dapat merasakan perasaan cinta dan sayang negara.

13. Aku keluar dari panggung wayang dengan perasaan bangga dan tersenyum. Pelik tapi itulah perasaan aku. Aku bagi 5/5 bintang. Tahniah. Akhirnya kita ada filem yang benar-benar menceritakan tentang kita setelah sekian lama. Tahniah kepada pengarah.


Inilah semangat yang kita nak daripada syarikat-syarikat pengeluar movie tempatan.
Sebuah cerita yang mampu menusuk ke dalam diri dan membuatkan bangsa MALAYSIA BANGGA menjadi rakyat MALAYSIA.

Tak sabar nak tengok juga movie OLA BOLA ni.
Good job!!!!