Showing posts with label The Millionaires Project. Show all posts
Showing posts with label The Millionaires Project. Show all posts
Tuesday, December 15, 2015
MODAL DUIT @ MODAL INSAN - MANA LEBIH PENTING??
Sebelum ni saya pernah juga terbaca satu kata-kata hikmat yang memang ternyata ada betulnya,
"Nak tahu yang mana satu sahabat sejati, mulakan perniagaan sendiri & tanya pendapat serta ajak mereka berniaga sekali",
Kenapa saya cakap pasal benda ni malam ni?
Sebab nya, sepanjang saya bisnes bersama TLC ni, macam-macam orang yang saya jumpa, dan dapat juga saya kenali mana sahabat yang sebetulnya sahabat.
Ada juga pengalaman saya dibidas hangat di atas dahi oleh kenalan yang disangkakan sahabat sehidup semati, di hadapan isteri sendiri sampaikan isteri saya bercucuran air mata sebab terlalu kasihan pada saya yang kena sebegitu rupa.
Tapi bagi saya, semua itu perkara biasa dan saya dah biasa dengan pengalaman yang sebegini.
Bahkan pengalaman yang pahit yang lebih mengajar kita erti sebuah kehidupan.
Lagi pahit sebuah pengalaman, lagi kita hargai apa yang kita ada.
Tambahan pula dari semasa ke semasa, memang ternyata sahabat yang sebetulnya akan sentiasa sokong apa yang saya buat, maksud saya, bisnes ini. Dan ada juga yang cakap-cakap belakang tentang apa yang saya buat ni.
Sebab itu lah pentingnya ada mentor & kumpulan yang terbaik untuk kita buat apa-apa bisnes pun sebab keduanya memainkan peranan penting untuk sentiasa kita top-up semangat kita supaya tak terbawa-bawa dengan sikap orang sekeliling yang negatif.
Sesungguhnya kita tak mampu nak ubah pemikiran orang sekeliling kita supaya sukakan kita, tapi kita boleh setting pemikiran kita untuk sentiasa positif yang akan membawa kepada peningkatan dalam bisnes kita.
Modal memang penting dalam bisnes,
TAPI apa yang paling PENTING, adalah SEMANGAT JUANG UNTUK TERUS MAJU KE HADAPAN.
Tanpa ada semangat yang cekal, amat mudah untuk kita rasa down bila hadapi sedikit kesukaran.
Semangat juga lah yang akan memotivasikan diri kita dari semasa ke semasa supaya lebih nampak apa matlamat & tujuan kita yang sebenarnya.
Jadi nasihat saya, kuatkan SEMANGAT & sentiasa berada di kalangan individu yang POSITIF supaya kita pun dapat sekali cas-cas POSITIF daripada mereka.
Semakin banyak cas POSITIF yang kita dapat, semakin sukar cas-cas NEGATIF untuk beri effect pada kita.
Sunday, December 13, 2015
APA YANG SPECIAL SANGAT ANUGERAH JAM TANGAN NI?
Apa yang special sangat dengan anugerah jam tangan ni?
Memang awal-awal saya join bisnes bersama TLC ni,
asyik tertanya-tanya.
Apa tu anugerah jam tangan?
Apa yang special nya?
Apa yang perlu untuk dapat?
Apa benefit pada bisnes?
Tapi bila dah berada dalam kalangan TLC ni, sedikit sebanyak
info berkenaan anugerah keramat ni, saya dapat tahu.
Rupa-rupanya memang Anugerah Jam Tangan ni
AMAT PENTING
dalam bisnes bersama Top Leaders Circle (TLC).
First sekali, untuk dapat Anugerah Jam Tangan ni,
simple je,
Complete-kan RM100,000 sales untuk sebulan.
Terus layak dapat anugerah ni.
Jam tangan pula bukan calang-calang, memang branded punya, khas daripada TLC Master-Trainer.
Tapi apa yang kita sebenarnya dapat???
**Income CONFIRM BESAR!!! - 5 ANGKA SEBULAN
**Kumpulan bisnes CONFIRM BERKEMBANG!!!
**Terus dapat bukti bisnes untuk DIRI SENDIRI!!!
**Tabung Kereta CONFIRM dah START!!!
Memang berderau je darah bila tengok rakan kongsi dalam
TLC ni terima Anugerah Jam Tangan setiap bulan.
Ternyata apa yang saya kongsikan di atas, semuanya betul.
Once dah capai, memang satu per-satu kita akan dapat.
Susah???
Tak susah sebab TLC Master Trainer sentiasa ada untuk
guide dan bantu kami semua. Kalau susah
masakan setiap bulan, ada saja 10-20 penerima
Anugerah Jam Tangan ni!!!
Anugerah Jam Tangan ni memang dah jadi salah satu
target yang perlu saya capai sebab dah sedia tahu apa yang kita akan dapat kan.
I mean, siapa yang tak nak 5-figure income dalam sebulan kan?
Memang semua orang nak, kalau tak, takkan ada engineer, doktor, askar, malahan CEO syarikat pun buat bisnes bersama-sama dengan kami di TLC ni.
Dan di TLC ni, boleh dapat INCOME yang LEBIH daripada tu!!!!
Jadi doakan saya supaya dimurahkan rezeki & sentiasa bersemangat positif dalam mengembangkan lagi bisnes bersama Ikon Sohonita Malaysia, Salha Zain
bersama
Top Leaders Circle
dibimbing oleh
Multi-Millionaire Malaysia, Azlan Deraman
Mulakan tanpa nanti
Lakukan tanpa henti
Buat sampai jadi
Confirm puas hati.
-CDM Al-Faath Al Ayubi
Friday, October 23, 2015
SEMANGAT IBU MUDA UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK
Semalam saya berpeluang untuk jumpa rakan kongsi kami di kawasan Puncak Alam untuk sesi download ilmu sebab beliau masih beliau dan nak sangat belajar bisnes bersama TLC ni untuk ubah kehidupan keluarga di samping bantu suami.
Kak Yana merupakan ibu kepada 2 puteri yang serius lawa duanya.
Jelas terpancar di wajah beliau yang memang nakkan sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak beliau kerana kehidupan zaman sekarang ni. Kita sendiri pun tahu kan macam mana keadaan ekonomi semasa sekarang.
Gaji RM3400 pun masih dikira miskin. Apatah lagi kalau gaji tak sampai RM2000 kan?
Memang nak kena cari jalan awal-awal la sebelum anak besar.
Oleh kerana saya jumpa beliau bersama isteri, jadi hari ni isteri yang ambil tugas untuk beri tunjuk ajar pada beliau dan saya ambil tugas untuk kawal anak Kak Yana supaya beliau boleh fokus pada apa yang kami nak sampaikan.
Tapi biasa lah anak-anak ni, bila ada tetamu je, perangai mesti pelik daripada biasa kan. :D
Suatu kepuasan tau bila kita dapat rakan kongsi yang bersemangat sebab kita sendiri akan tambah bersemangat untuk bantu rakna kongsi untuk dapat apa yang sepatutnya beliau dapat.
Memang once rakan kongsi dah bagi kepercayaan pada kami, kami akan guide sampai siap dan akan download lebih banyak lagi ilmu dari semasa ke semasa.
TLC POWER START SEMINAR AWESOME - DE PALMA HOTEL
Sebelum ni saya ada update kan tentang TLC Power Start Seminar yang dianjurkan oleh TLC Master Trainer yang diketuai oleh Sohonita Icon Malaysia, CDM Salha Zain
Jadi hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya menyertai program yang terbaik daripada Top Leaders Circle.
Boleh kan?
Menurut aturcara majlis, sepatutnya program bermula pada jam 8.00pagi yang bertempat di De Palma Hotel, Ampang.
Saya yang terpilih sebagai salah seorang AJK program memang la perlu ada lebih awal. Jadi boleh la kami ambil angin dulu sebelum majlis. Nanti tak ada lah nak kena tergopoh gapah untuk ambil tanggungjawab kan.
Apa yang best, rakan kongsi saya pun berpeluang menyertai seminar ni.
Lupa saya nak info, program ni hanya terhad pada 100 orang saja, disebabkan kekangan tempat yang agak crowded kalau lebih ramai peserta diterima.
Jadi siapa yang lebih awal booking kehadiran, boleh menarik nafas lega sebab tak perlu berebut dengan orang lain.
Speaker-speaker yang terpilih adalah business partner kitorang juga sebenarnya. Mereka dipilih sendiri oleh TLC Master Trainer berdasarkan perncapaian & pengalaman sepanjang berbisnes bersama kami.
Mereka (speaker) datang daripada pelbagai background yang kita tak sangka-sangka.
Daripada CEO, guru, engineer, suri rumah, semuanya buat bisnes bersama dengan kami.
Mesti ada yang tak percaya kan?
Tapi itu lah hakikat sebenar bila berada dalam kumpulan kami.
Setiap speaker diberi tajuk yang specific dengan kelebihan mereka tersendiri kerana ilmu yang kami akan dapat dalam seminar @ mana-mana kelas adalah ilmu pengalaman sendiri, oleh sebab itu ilmu ini takkan dapat daripada mana-mana buku atau library sekali pun.
Oleh sebab kami mempunyai business partner yang sporting, jadi perjalanan majlis boleh diuruskan dengan lancar dan mendapat support daripada semua peserta & mentor-mentor.
MC hari ini pula amat bijak memainkan peranan beliau untuk sentiasa recharge energy kami untuk bertahan sehingga tamat majlis. Daripada awal program, happening sangat-sangat sampai tak terkata.
Peserta-peserta yang join pada hari ni datang daripada seluruh Malaysia, jadi memang mereka lagi tekun untuk kaut segala ilmu yang dikongsikan sebab kebanyakannya tak dapat menghadirkan diri ke kelas mingguan kami atas kekangan masa & jarak.
Kesian kan bila kita ada azam untuk ubah kehidupan tapi ada kekangan begini. Tapi tak mengapa sebab kami dengan mentor sentiasa ada 24/7, sentiasa berhubung dengan WhatsApp, call, sentiasa update.
Jadi memang rugi lah kalau tak ambil peluang untuk bergambar dengan Ikon Sohonita Malaysia, Salha Zain sebagai pembakaran terbuka kepada rakan kongsi lain yang tak berpeluang untuk menyertai seminar kali ni.
Dalam masa yang sama, sebagai usahawan yang berada di bawah satu bumbung-TLC, kami boleh bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain untuk penambahbaikan dalam bisnes.
Time lunch time, memang amat dinanti-nantikan sebab tak sabar nak tahu macam mana juadah yang disediakan oleh De Palma Hotel untuk kami semua.
Ternyata semua yang disediakan tidak menghampakan dan kami bagi 5-bintang sebab memang semuanya sedap-sedap belaka.
Tak mampu nak ambil semua sebab semuanya awesome!!!
Mau sampai penuh perut dibuatnya. Geng TLC ni kalau makan memang famous sebab tak ingat dunia. :D
Apa yang best kat De Palma Hotel ni, dah siap disediakan tempat untuk semua solat Jumaat. Ini merupakan salah satu sebab kami pilih De Palma Hotel sebagai lokasi seminar TLC untuk kali ni sebab tak semua hotel menyediakan tempat untuk solat Jumaat dan amat menyukarkan peserta lelaki.
Beruntung, bertuahnya kami di bawah bumbung TLC yang sentiasa fikir untuk kemudahan kami semua.
Perkongsian pada sebelah petang memang agak memukau semua peserta sebab speaker yang dipilih amat terbaik dan memainkan peranan dengan baik.
Tak terasa pun masa berlalu dengan pantas sampaikan penjaga masa pun terlalai disebabkan terlalu excited.
Siapa yang tak excited kan bila orang nak share ilmu untuk kita capai impian kita secara sistematik dan mengikut masa yang ditetapkan.

Siapa pula speaker yang terakhir ni???
Kalau nak tahu, inilah THE ONE AND ONLY SOHONITA ICON MALAYSIA, SALHA ZAIN!!!
Beliau dah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai Ikon Sohonita kerana dah bantu raaaamaiii wanita di Malaysia untuk berjaya hanya dengan bisnes Premium Beautiful saja.
Awesome kan?
Memang awesome dan lagi awesome kerana beliau mentor saya merupakan protege beliau.
Memang beruntung sangat bila dah terjebak dengan kumpulan bisnes TERBAIK Top Leaders Circle ni, sebab dalam group ni semua dah ada tersedia..
**Kita ada Mentor
**Kita ada Majlis Ilmu
**Kita ada Produk Yang Bagus
**Kita ada Support Systerm yang kuat
**Kita ada sifu SOCIAL MEDIA MARKERTING
Tinggal hanya kita saja yang perlu grab peluang dan gunakan sebaik mungkin untuk kita dapat apa yang mentor dah rasa.
Mentor-mentor akan sentiasa ada dengan kita untuk guide all the way. Jadi tak perlu risau kalau-kalau kita tersadai di tengah jalan kerana kita ada mentor, tempat untuk kita rujuk setiap kali ada masalah.
Ini lah nilai yang mentor-mentor terapkan dalam diri masing-masing,
**Rela BELAJAR
**Rela DIAJAR
**Rela MENGAJAR
Jadi untuk berjaya, kena belajar, belajar, mengajar, diajar, mengajar, diajar, belajar ..... and so on sehingga lah kita puas hati dengan pencapaian kita.
Even dah berjaya pun masih lagi tak putus sebab tanggungjawab kita pula terhadap rakan kongsi untuk siapkan mereka pula.
Alhamdulillah program TLC kali ni berakhir dengan jayanya even ini merupakan seminar yang julung kalinya daripada TLC tapi semua AJK memainkan peranan masing-masing dengan baik dan peserta juga membantu kerana semua yang hadir adalah yang TERBAIK!!!
Semoga TLC dapat menganjurkan lagi program sebegini pada masa hadapan untuk kami semua dalam perjalanan kami menuju ke puncak kejayaan.
Terima kasih TLC.
www.paidihasan.com
Subscribe to:
Posts (Atom)









































