Showing posts with label Top Leaders Circle. Show all posts
Showing posts with label Top Leaders Circle. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

IFTAR BERSAMA TLC @ KL SENTRAL



Assalamualaikum,

PENGUMUMAN!


Saya dan keluarga TLC nak mempelawa pada SEMUA friend list yang berada disekitar KL Central yang bertugas atau transit di KL Sentral.. yang berulang alik kerja .. kami di TLC menyediakan khas untuk anda hampir 1000 packs bekalan berbuka puasa SECARA PERCUMA

Temui team TLC Amal di KL Sentral.
Tarikh: 20-Jun-2016 (Isnin)
Venue: KL Sentral
Jam: 4pm - 6pm


Jemput datang ya.. !!!
TOLONG SHARE DAN TAG PADA KAWAN KAWAN ATAU SEDARA MARA KITA YG MELALUI KL CENTRAL

‪#‎TLCAmal‬ ‪#‎Ramadhan2016‬ ‪#‎KLSentral‬ ‪#‎TopLeadersCircle‬

Saturday, April 9, 2016

ILMU BISNES, PERCUMA BERSAMA TOP LEADERS CIRCLE




BESTTT!!!!

Itu je yang terungkap di bibir bila bersama-sama rakan seperjuangan semalam di ‪#‎DolomiteCentre‬.
Bila bersama-sama dengan orang-orang yang ada matlamat yang sama, kita akan lebih kuat.

Tapi apa yang lagi penting, kekuatan DALAMAN kita untuk MOTIVATE diri sendiri di saat dugaan, kesukaran.

Terima kasih mentor-mentor hebat.

Tiada tempat terbaik untuk menuntut ILMU BISNESS selain di DOLOMITE CENTRE.


>> FREE OF CHARGE
>> TAK PERLU REG AHLI UNTUK JADI PENINJAU
>> ILMU PENGALAMAN SENDIRI
>> BUKTI KEJAYAAN DI DEPAN MATA, DALAM BILIK YANG SAMA
>> BERINTERAKSI DENGAN JUTAWAN HUMBLE MALAYSIA
>> BERSAMA SAMA SOHONITA IKON MALAYSIA


Pengalaman hebat hanya dapat dirasai bila kita langkahkan kaki.

"Nothing GREAT Will Happen When You HOLD BACK"

www.paidihasan.com

Thursday, March 10, 2016

ECZEMA TREATMENT WITH MARINE ESSENCE



Ni adalah antara testimoni untuk penghidap ECZEMA



Yang ada sejarah ekzema je faham macam mana TAK SELESAnye bila gatal-gatal dan air bisa dari ekzema ni mula menyerang

Alhamdulillah sabun ketiak sangat membantu untuk kurangkan penderitaan pesakit ekzema



Dalam masa tiga hari:

-Gatal2 kurang

-Air bisa kering

-Parut makin pudar 
Paidi Hasan
 
014-5002339
 
#agentmarineessenceselangor #marineessence #testimonimarineessence #eczema

LAGI TESTIMONI SABUN MARINE ESSENCE 

  Masalah tangan menggelupas selesai lepas guna sabun marine essence


Jerawat muka makin kurang 
Kulit anak makin cerah

Parut makin pudar 


 Masalah badan berbau selesai 
Jerawat belakang badan berkurang

 Ketuat hilang lepas guna sabun marine essence


Jangan risau sebab sabun marine essence ni halal dan diiktiraf sebagai sabun pilihan pengguna


 
Untuk order sabun marine essence, boleh whatsapp saya terus

Paidi Hasan

014-5002339

#marineessence #marineessenceselangor #testimonimarineessence #shampoomarineessence

Thursday, January 21, 2016

JANGAN TANYA KENAPA, TAPI TANYA BAGAIMANA

 
 
 
Biasa kan dengar "Ala.............Kawan saya buat, kakak saya buat, makcik saya buat, jiran saya buat, aweks saya buat, isteri saya buat…kawan ofis saya buat…dan macam-macam lagi

Sebenarnya diri sendiri yg menentukan.  Samada nak tergolong didalam kumpulan diatas atau berada di lingkungan orang yang telah pun berjaya?

HINDARI SUASANA KECEWA!
Suasana kecewa dicipta oleh orang-orang yang kecewa. Orang kecewa akan berkumpul dan akan mewujudkan satu suasana kecewa. Mereka akan bercerita mengenai segala kekecewaan yang telah mereka alami. Jika berada di dalam lingkungan orang-orang yang seperti ni, kita juga akan menjadi salah seorang dari orang yang kecewa.
Orang yang kecewa akan melihat segala peluang sebagai sesuatu yang tak ada makna. Tiada rangsangan dalam diri mereka untuk meneruskan usaha untuk mencapai kejayaan. Bagi mereka "Kejayaan adalah cerita dongeng yang membahayakan. Sedap untuk didengar tapi tak mungkin boleh diharapkan,” 
Dah pasti kita pernah merasai atau menghadapi kegagalan. Malah ramai daripada mereka yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan juga pernah menghadapi kegagalan. Namun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang harus membuatkan anda merasa malu, lebih-lebih lagi kecewa.

Orang yang kecewa ialah orang yang banyak mengeluh daripada berusaha. Mereka Gemar menceritakan kegagalan daripada berusaha untuk menebus kegagalan. Cerita-cerita kekecewaan akan terus mewujudkan kekecewaan yang baru pula.
Oleh itu, asing kan je diri dari suasana kekecewaan. Orang yang kecewa ialah orang yang tak mahu melihat kejayaan dan tak percaya kejayaan tu boleh dikecapi. 

Kita bukan orang kecewa, kita mahu berjaya!!! Kita yakin orang yang hidup pasti akan menghadapi mati tetapi orang yang kecewa sudah mati berkali-kali...
Buka luas daya pemikiran... Sentiasa cari jalan dan usaha yang terbaik agar kita mempunyai peluang yang terbaik untuk mencipta kejayaan.

TOP LEADERS CIRCLE : NEXT 100K ACHIEVER




Tahniah buat rakan seperjuangan.
Satu per satu peperiksaan dah capai.
Kami ucapkan tahniah & meraikan dari jauh sebab tak berkesempatan ke Dolomite Centre malam ni.

All The Best, Keep It Up

Wednesday, December 16, 2015

JADUAL KELAS TOP LEADERS CIRCLE - PERCUMA - FREE OF CHARGE

Ingatkan jadual lecturer kat mana la kan.
Tetiba mentor dah update siap-siap dah jadual pembelajaran yang dah tersedia di TLC Centre. Tinggal kita saja lah yang nak kena pergi cedok ilmu FREE ni.
Rugi tau kalau tak ambil peluang ni sebab satu per satu TLC Master Trainer di bawah bimbingan Sohonita Ikon Malaysia ajar.

Kalau kita tengok detail tajuk-tajuk dalam jadual pembelajaran TLC ni, memang dah complete untuk kita buat bisnes.
Bayangkan kalau kita nak pergi tempah kelas yang harga nya RM19,999.00 tu, ada ke modal sebanyak tu hanya untuk kelas belajar bisnes?
Tu tak termasuk nak buat modal pusingan lagi.

Tapi kat TLC ni, 
**macam mana nak keluar modal 
**macam mana nak dapat balik modal
**macam mana nak bayar balik modal


Semua akan diajar secara detail tau.
Ya Allah betapa bertuahnya dah terjebak dalam kumpulan bisnes yang ohsem ni.
Tak ada tempat lain lagi yang bagi ilmu nilai jutaan ringgit ni secara PERCUMA!!!

Pendek kata, pergi je lah dulu tengok suasana bisnes bersama TLC ni macam mana if let say rasa ragu-ragu lagi.
Yang dah buat bisnes, memang WAJIB lah ke kelas sebab tak pernah lagi ada yang berjaya tanpa hadir ke kelas.



Tuesday, December 15, 2015

MODAL DUIT @ MODAL INSAN - MANA LEBIH PENTING??


Sebelum ni saya pernah juga terbaca satu kata-kata hikmat yang memang ternyata ada betulnya,
"Nak tahu yang mana satu sahabat sejati, mulakan perniagaan sendiri & tanya pendapat serta ajak mereka berniaga sekali",

Kenapa saya cakap pasal benda ni malam ni?
Sebab nya, sepanjang saya bisnes bersama TLC ni, macam-macam orang yang saya jumpa, dan dapat juga saya kenali mana sahabat yang sebetulnya sahabat.

Ada juga pengalaman saya dibidas hangat di atas dahi oleh kenalan yang disangkakan sahabat sehidup semati, di hadapan isteri sendiri sampaikan isteri saya bercucuran air mata sebab terlalu kasihan pada saya yang kena sebegitu rupa. 


Tapi bagi saya, semua itu perkara biasa dan saya dah biasa dengan pengalaman yang sebegini.
Bahkan pengalaman yang pahit yang lebih mengajar kita erti sebuah kehidupan.
Lagi pahit sebuah pengalaman, lagi kita hargai apa yang kita ada.

Tambahan pula dari semasa ke semasa, memang ternyata sahabat yang sebetulnya akan sentiasa sokong apa yang saya buat, maksud saya, bisnes ini. Dan ada juga yang cakap-cakap belakang tentang apa yang saya buat ni.



Sebab itu lah pentingnya ada mentor & kumpulan yang terbaik untuk kita buat apa-apa bisnes pun sebab keduanya memainkan peranan penting untuk sentiasa kita top-up semangat kita supaya tak terbawa-bawa dengan sikap orang sekeliling yang negatif.
Sesungguhnya kita tak mampu nak ubah pemikiran orang sekeliling kita supaya sukakan kita, tapi kita boleh setting pemikiran kita untuk sentiasa positif yang akan membawa kepada peningkatan dalam bisnes kita.



Modal memang penting dalam bisnes,
TAPI apa yang paling PENTING, adalah SEMANGAT JUANG UNTUK TERUS MAJU KE HADAPAN.
Tanpa ada semangat yang cekal, amat mudah untuk kita rasa down bila hadapi sedikit kesukaran.
Semangat juga lah yang akan memotivasikan diri kita dari semasa ke semasa supaya lebih nampak apa matlamat & tujuan kita yang sebenarnya.

Jadi nasihat saya, kuatkan SEMANGAT & sentiasa berada di kalangan individu yang POSITIF supaya kita pun dapat sekali cas-cas POSITIF daripada mereka.
Semakin banyak cas POSITIF yang kita dapat, semakin sukar cas-cas NEGATIF untuk beri effect pada kita.


 

Sunday, December 13, 2015

APA YANG SPECIAL SANGAT ANUGERAH JAM TANGAN NI?

 Apa yang special sangat dengan anugerah jam tangan ni?
Memang awal-awal saya join bisnes bersama TLC ni,
asyik tertanya-tanya.
Apa tu anugerah jam tangan?
Apa yang special nya?
Apa yang perlu untuk dapat?
Apa benefit pada bisnes?

Tapi bila dah berada dalam kalangan TLC ni, sedikit sebanyak 
info berkenaan anugerah keramat ni, saya dapat tahu.
Rupa-rupanya memang Anugerah Jam Tangan ni 
AMAT PENTING 
dalam bisnes bersama Top Leaders Circle (TLC).


First sekali, untuk dapat Anugerah Jam Tangan ni, 
simple je,
Complete-kan RM100,000 sales untuk sebulan.
Terus layak dapat anugerah ni.
Jam tangan pula bukan calang-calang, memang branded punya, khas daripada TLC Master-Trainer.

 Tapi apa yang kita sebenarnya dapat???
**Income CONFIRM BESAR!!! - 5 ANGKA SEBULAN
**Kumpulan bisnes CONFIRM BERKEMBANG!!!
**Terus dapat bukti bisnes untuk DIRI SENDIRI!!!
**Tabung Kereta CONFIRM dah START!!!

Memang berderau je darah bila tengok rakan kongsi dalam
TLC ni terima Anugerah Jam Tangan setiap bulan.
Ternyata apa yang saya kongsikan di atas, semuanya betul.
Once dah capai, memang satu per-satu kita akan dapat.

Susah???

Tak susah sebab TLC Master Trainer sentiasa ada untuk 
guide dan bantu kami semua. Kalau susah
masakan setiap bulan, ada saja 10-20 penerima 
Anugerah Jam Tangan ni!!!
 

Anugerah Jam Tangan ni memang dah jadi salah satu 
target yang perlu saya capai sebab dah sedia tahu apa yang kita akan dapat kan.
I mean, siapa yang tak nak 5-figure income dalam sebulan kan?
Memang semua orang nak, kalau tak, takkan ada engineer, doktor, askar, malahan CEO syarikat pun buat bisnes bersama-sama dengan kami di TLC ni.
Dan di TLC ni, boleh dapat INCOME yang LEBIH daripada tu!!!!

Jadi doakan saya supaya dimurahkan rezeki & sentiasa bersemangat positif dalam mengembangkan lagi bisnes bersama Ikon Sohonita Malaysia, Salha Zain 
bersama 
Top Leaders Circle
dibimbing oleh
Multi-Millionaire Malaysia, Azlan Deraman 

Mulakan tanpa nanti
Lakukan tanpa henti
Buat sampai jadi
Confirm puas hati.
-CDM Al-Faath Al Ayubi 

 

Friday, October 23, 2015

SEMANGAT IBU MUDA UNTUK MASA DEPAN ANAK-ANAK




Semalam saya berpeluang untuk jumpa rakan kongsi kami di kawasan Puncak Alam untuk sesi download ilmu sebab beliau masih beliau dan nak sangat belajar bisnes bersama TLC ni untuk ubah kehidupan keluarga di samping bantu suami.

Kak Yana merupakan ibu kepada 2 puteri yang serius lawa duanya.
Jelas terpancar di wajah beliau yang memang nakkan sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak beliau kerana kehidupan zaman sekarang ni. Kita sendiri pun tahu kan macam mana keadaan ekonomi semasa sekarang.
Gaji RM3400 pun masih dikira miskin. Apatah lagi kalau gaji tak sampai RM2000 kan?
Memang nak kena cari jalan awal-awal la sebelum anak besar.

Oleh kerana saya jumpa beliau bersama isteri, jadi hari ni isteri yang ambil tugas untuk beri tunjuk ajar pada beliau dan saya ambil tugas untuk kawal anak Kak Yana supaya beliau boleh fokus pada apa yang kami nak sampaikan.
Tapi biasa lah anak-anak ni, bila ada tetamu je, perangai mesti pelik daripada biasa kan. :D

Suatu kepuasan tau bila kita dapat rakan kongsi yang bersemangat sebab kita sendiri akan tambah bersemangat untuk bantu rakna kongsi untuk dapat apa yang sepatutnya beliau dapat.
Memang once rakan kongsi dah bagi kepercayaan pada kami, kami akan guide sampai siap dan akan download lebih banyak lagi ilmu dari semasa ke semasa.

TLC POWER START SEMINAR AWESOME - DE PALMA HOTEL


Sebelum ni saya ada update kan tentang TLC Power Start Seminar yang dianjurkan oleh TLC Master Trainer yang diketuai oleh Sohonita Icon Malaysia, CDM Salha Zain 
Jadi hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya menyertai program yang terbaik daripada Top Leaders Circle.
Boleh kan? 



Menurut aturcara majlis, sepatutnya program bermula pada jam 8.00pagi yang bertempat di De Palma Hotel, Ampang.
Saya yang terpilih sebagai salah seorang AJK program memang la perlu ada lebih awal. Jadi boleh la kami ambil angin dulu sebelum majlis. Nanti tak ada lah nak kena tergopoh gapah untuk ambil tanggungjawab kan.


Apa yang best, rakan kongsi saya pun berpeluang menyertai seminar ni.
Lupa saya nak info, program ni hanya terhad pada 100 orang saja, disebabkan kekangan tempat yang agak crowded kalau lebih ramai peserta diterima.
Jadi siapa yang lebih awal booking kehadiran, boleh menarik nafas lega sebab tak perlu berebut dengan orang lain.


Speaker-speaker yang terpilih adalah business partner kitorang juga sebenarnya. Mereka dipilih sendiri oleh TLC Master Trainer berdasarkan perncapaian & pengalaman sepanjang berbisnes bersama kami.



Mereka (speaker) datang daripada pelbagai background yang kita tak sangka-sangka. 
Daripada CEO, guru, engineer, suri rumah, semuanya buat bisnes bersama dengan kami. 
Mesti ada yang tak percaya kan?
Tapi itu lah hakikat sebenar bila berada dalam kumpulan kami.


Setiap speaker diberi tajuk yang specific dengan kelebihan mereka tersendiri kerana ilmu yang kami akan dapat dalam seminar @ mana-mana kelas adalah ilmu pengalaman sendiri, oleh sebab itu ilmu ini takkan dapat daripada mana-mana buku atau library sekali pun.



Oleh sebab kami mempunyai business partner yang sporting, jadi perjalanan majlis boleh diuruskan dengan lancar dan mendapat support daripada semua peserta & mentor-mentor. 


MC hari ini pula amat bijak memainkan peranan beliau untuk sentiasa recharge energy kami untuk bertahan sehingga tamat majlis. Daripada awal program, happening sangat-sangat sampai tak terkata.


Peserta-peserta yang join pada hari ni datang daripada seluruh Malaysia, jadi memang mereka lagi tekun untuk kaut segala ilmu yang dikongsikan sebab kebanyakannya tak dapat menghadirkan diri ke kelas mingguan kami atas kekangan masa & jarak. 



Kesian kan bila kita ada azam untuk ubah kehidupan tapi ada kekangan begini. Tapi tak mengapa sebab kami dengan mentor sentiasa ada 24/7, sentiasa berhubung dengan WhatsApp, call, sentiasa update.



Jadi memang rugi lah kalau tak ambil peluang untuk bergambar dengan Ikon Sohonita Malaysia, Salha Zain sebagai pembakaran terbuka kepada rakan kongsi lain yang tak berpeluang untuk menyertai seminar kali ni.
Dalam masa yang sama, sebagai usahawan yang berada di bawah satu bumbung-TLC, kami boleh bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain untuk penambahbaikan dalam bisnes.


 
Time lunch time, memang amat dinanti-nantikan sebab tak sabar nak tahu macam mana juadah yang disediakan oleh De Palma Hotel untuk kami semua.
Ternyata semua yang disediakan tidak menghampakan dan kami bagi 5-bintang sebab memang semuanya sedap-sedap belaka.
Tak mampu nak ambil semua sebab semuanya awesome!!!
Mau sampai penuh perut dibuatnya. Geng TLC ni kalau makan memang famous sebab tak ingat dunia. :D 


Apa yang best kat De Palma Hotel ni, dah siap disediakan tempat untuk semua solat Jumaat. Ini merupakan salah satu sebab kami pilih De Palma Hotel sebagai lokasi seminar TLC untuk kali ni sebab tak semua hotel menyediakan tempat untuk solat Jumaat dan amat menyukarkan peserta lelaki.
Beruntung, bertuahnya kami di bawah bumbung TLC yang sentiasa fikir untuk kemudahan kami semua.

 
Perkongsian pada sebelah petang memang agak memukau semua peserta sebab speaker yang dipilih amat terbaik dan memainkan peranan dengan baik.


Tak terasa pun masa berlalu dengan pantas sampaikan penjaga masa pun terlalai disebabkan terlalu excited.
Siapa yang tak excited kan bila orang nak share ilmu untuk kita capai impian kita secara sistematik dan mengikut masa yang ditetapkan.



Siapa pula speaker yang terakhir ni???
Kalau nak tahu, inilah THE ONE AND ONLY SOHONITA ICON MALAYSIA, SALHA ZAIN!!!
Beliau dah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebagai Ikon Sohonita kerana dah bantu raaaamaiii wanita di Malaysia untuk berjaya hanya dengan bisnes Premium Beautiful saja.
Awesome kan?
Memang awesome dan lagi awesome kerana beliau mentor saya merupakan protege beliau. 


Memang beruntung sangat bila dah terjebak dengan kumpulan bisnes TERBAIK Top Leaders Circle ni, sebab dalam group ni semua dah ada tersedia..
**Kita ada Mentor
**Kita ada Majlis Ilmu
**Kita ada Produk Yang Bagus
**Kita ada Support Systerm yang kuat
**Kita ada sifu SOCIAL MEDIA MARKERTING

 
Tinggal hanya kita saja yang perlu grab peluang dan gunakan sebaik mungkin untuk kita dapat apa yang mentor dah rasa.
Mentor-mentor akan sentiasa ada dengan kita untuk guide all the way. Jadi tak perlu risau kalau-kalau kita tersadai di tengah jalan kerana kita ada mentor, tempat untuk kita rujuk setiap kali ada masalah.


Ini lah nilai yang mentor-mentor terapkan dalam diri masing-masing,
**Rela BELAJAR
**Rela DIAJAR
**Rela MENGAJAR


Jadi untuk berjaya, kena belajar, belajar, mengajar, diajar, mengajar, diajar, belajar ..... and so on sehingga lah kita puas hati dengan pencapaian kita.
Even dah berjaya pun masih lagi tak putus sebab tanggungjawab kita pula terhadap rakan kongsi untuk siapkan mereka pula.


Alhamdulillah program TLC kali ni berakhir dengan jayanya even ini merupakan seminar yang julung kalinya daripada TLC tapi semua AJK memainkan peranan masing-masing dengan baik dan peserta juga membantu kerana semua yang hadir adalah yang TERBAIK!!!

Semoga TLC dapat menganjurkan lagi program sebegini pada masa hadapan untuk kami semua dalam perjalanan kami menuju ke puncak kejayaan.
Terima kasih TLC.



www.paidihasan.com