Thursday, January 1, 2015

2015 - TAHUN BARU, BUKU BARU, CERITA BARU, ORANG YANG SAMA

Syukur Alhamdulillah,
Kerana masih lagi diberi peluang untuk bernafas lagi dan menginjakkan kaki ke tahun baru - 2015.

Sebelum melangkah, cuba kita toleh ke belakang. Apa yang telah kita buat untuk 2014???
Adakah banyak amalan kita??
Adakah ada peningkatan kita daripada tahun-tahun yang sebelumnya???
Ataukan lebih buruk perlakuan kita daripada tahun-tahun terdahulu???

Seharusnya kita muhasabah diri kita, supaya kita tergolong daripada insan-insan yang terbaik.

Dimana 

1-Hari ini adalah lebih baik daripada Hari Esok
2-Dan hari Esok adalah lebih baik daripada Hari Ini.

Sama-samalah kita berusaha agar peningkatan itu dapat kita lihat dan jadikan contoh yang terbaik untuk kita melangkah lagi.

Tahun 2014 saya tutup dengan pelbagai peristiwa dalam hidup. Ada sedih, gembira, kecewa, semuanya cukup lengkap.

Tetapi yang pastinya PERTEMUAN DENGAN TOP LEADERS CIRCLE (TLC) merupakan pengalaman yang sanga-sangat tidak dapat dilupakan kerana ini merupakan titik permulaan saya untuk mengubah hidup saya dan keluarga. 

Dari saat ini, TLC akan sentiasa terpahat di hati saya walau dimana saya berada, walau apa jua orang kata, walau apa jua rintangan yang mendatang. 

2015 HERE I COME!!!!