Tuesday, March 31, 2015

PT BERSAMA MENTOR CDM SALLEHA ROSLAN

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam saya berkesempatan untuk dapatkan appointment bersama mentor saya, CDM Salleha Roslan untuk berbincang tentang perjalanan bisnes saya dan rakan kongsi @ pasangan, Cik Yaya.

Tetapi nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan, dah la hujan lebat, tayar kereta pula pancit selepas terlanggar lubang. Memang dugaan betul la bila kita ada keinginan untuk mengubah taraf kehidupan kepada yang lebih baik ni. Nasib lah diri sendiri pernah tengok macam mana orang lain tukar tayar. Tak sampai 10 minit, dah dapat tukar tayar spare yang "cute" tu.

Bila dah sampai di lokasi, dalam keadaan berpeluh, memang cuak la sebab mentor dah menunggu kami. Sepatutnya kami yang tunggu mentor. Tetapi Kak Sal memang faham dengan keadaan kitorang.


PT kali ini memang fokus tajuk untuk bagaimana nak mengasah pengetahuan dan skill dalam selling yang berkesan, dan juga bagaimana cara untuk mengembangkan income serta pangkat dalam bisnes bersama Top Leaders Circle.


Selepas 2 jam, yang berlalu sangat pantas (seperti 30minit), semua yang penting dapat kami cover dan semangat dapat di-top-up kembali untuk kami aplikasikan. Ilmu tanpa praktikal, memang tak akan ke mana-mana.


Begini lah beruntungnya saya dan rakan kongsi yang lain apabila dah terjebak dengan bisnes bersama TLC, semua modul untuk berniaga sudah disediakan, kita cuma FOLLOW STEP MENTOR yang telah terbukti berjaya. Jika kita rasa tak bersemangat, mentor akan beri semangat untuk kita teruskan bersama bisnes ni kerana TIADA BUSINESS PLAN TERBAIK SELAIN DARI TLC.



Terima kasih Kak Sal kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk buat ulangkaji semula untuk mengembangkan lagi bisnes kami ini. InshALLAH kami akan lakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat bisnes bersama TLC.

Wassalam


Berminat untuk tahu lebih lanjut???
Hubungi / WhatsApp
PAIDI HASAN
+60145002339

SET KEMPIS PERUT TERBAIK!!!

Assalamulaikum w.b.t
Hari ini saya nak kongsikan Set Kempis Perut Terbaik yang telah terbukti berkesan tanpa ada kesan sampingan yang buruk. Semuanya kesan sampingan yang baik.




Gabungan antara Hai-O Garlic & Mineral Coffee Garam Buluh telah terbukti berkesan bagi menyingkirkan angin daripada badan kita.
Garam buluh pula berfungsi menyingkirkan segala toksin yang ada dalam badan kita.



Sebenarnya toksin ini lah yang menghalang daripada diri kita berfungsi dengan baik, dalam menyingkirkan bahan buangan yang tidak diperlukan.
Dengan bantuan garam buluh ini, badan kita akan lebih sihat dan sistem perkumuhan kita akan dapat diperbaiki lagi.


Bagi yang mempunyai masalah perut buncit, boleh gunakan gabungan Hai-O Garlic dan Mineral Coffee bagi membantu mengempiskan perut. Tiada kesan sampingan, dan badan akan terasa lebih sihat.


Untuk pertanyaan & berminat menjadi pengedar boleh hubungi
 PAIDI HASAN
+60145002339


Monday, March 30, 2015

MAJLIS ANUGERAH SM/SSM MAC 2015

Assalamulaikum w.b.t

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah ke kedai saya yang tak seberapa ni.

Hari ini ada kesempatan untuk saya update blog, saya nak cerita tentang Majlis Anugerah SM/SSM yang telah diadakan pada 21 Mac 2015 bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang.


MENTOR TOP LEADERS CIRCLE (TLC) MENUJU KE PENTAS
* CDM SALHA ZAIN
*CDM AL-FAATH AL-AYUBI
 
TEAM TLC SELURUH MALAYSIA


Kami penerima Anugerah Sales Manager (RM20,000 sales)


Walaupun saya cuma menerima Anugerah Sales Manager, iaitu pangkat yang pertama dalam bisnes Sahajidah Hai-O Markerting ini, tapi perasaan itu langsung tak dapat saya nak gambarkan. 
Rasa bangga sangat-sangat kerana walaupun mencapai satu tahap, tetapi syarikat tetap adakan majlis yang begitu besar buat kami semua.

Mentor yang selalu memberi dorongan dan semangat bagi mencapai matlamat utama semua anak didik TLC, 
CDM AL-FAATH AL AYUBI bagi melahirkan 
USAHAWAN, JUTAWAN YANG BERJAYA MELAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN YANG BERJAYA.
  
Bersama Mentor CDM SALLEHA ROSLAN, yang sentiasa dekat dengan kamiuntuk mengasah segala bakat yang kami
ada untuk kami menggenggam kejayaan yang sama seperti beliau, 
CROWN DIAMOND MANAGER 
dalam masa 2 Tahun sahaja.
 
Dia lah ibu, mentor, yang teramat cakna dalam
membangkitkan semangat kami untuk terus dalam bisnes ini walau apa pun halangan yang kami terpaksa tempuhi kerana tanpa ada halangan, kejayaan akan hilang kemanisannya.

Inilah dia Mentor DSM DYNA SALLEH yang amat sempoi tetapi tegas apabila bekerja.
 




Mentor pencetus kumpulan bisnes yang terhebat, TOP LEADERS CIRCLE, 
CDM KAMIKAZE MALAYSIA - CDM SALHA ZAIN
Beliau juga telah dinobatkan sebagai 
SOHONITA ICON MALAYSIA 
kerana telah berjaya melahirkan ramai uasahawan muda yang berjaya melaluiTOP LEADERS CIRCLE (TLC)

Tidak lupa juga kepada orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam dunia perniagaan ini yang saya kira amat tepat untuk membina empayar perniagaan dalam merealisasikan matlamat hidup yang sebenar.
SSM SUHAIDA CHE YAHYA, rakan, sahabat, pasangan yang sering membimbing, menyokong saya dalam semua perkara.




Produk yang telah menjadi platform untuk kami bermula sebagai usahawan, set korset yang sudah tidak asing lagi di Malaysia, Brunei dan Singapura, iaitu 





 Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk saya bekerja lebih kuat bagi mencapai impian hidup yang telah lama terbuku di hati. Saya yakin bisnes ini boleh membawa seorang yang tiada apa-apa kepada seorang yang berjaya. Hanya dengan usaha dan hati yang cekal, kejayaan pasti milik kita.

Tahniah saya ucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang telah menerima anugerah bersama-sama saya dan saya berharap kita semua sama-sama berusaha lebih gigih kerana kejayaan sentiasa ada di hadapan, tindakan kita yang menentukan sama ada kita boleh sampai ke destinasi atau tidak.

Jom kita jumpa lagi di majlis yang lebih berprestij daripada Sahajidah Hai-O Markerting, Diamond Night pada 18 April 2015, di Setia City Mall.

Wassalam...


Saturday, March 7, 2015

TLC - RM100K & SSM ACHIEVER

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum

Sebagaimana semua dah tahu, semalam, Jumaat merupakan hari wajib saya ke kelas bersama TOP LEADERS CIRCLE, untuk top ip ilmu, energy, aura bersama-sama rakan kongsi di TLC Centre, Prima Sri Gombak.


Tetapi apa yang membuatkan kelas semalam special adalah, kerana selepas kelas, ada satu slot, sesi bagi meraikan rakan kongsi kami yang telah mencapai RM100k sales dalam sebulan & Telah mencapai RM60k sales, untuk anugerah Senior Sales Manager (SSM).



 


 PENERIMA SSM AWARD by TLC


PENERIMA ANUGERAH RM100K ACHIEVER

 Amat-amat bertuah hadir pada kelas semalam sebab mentor-mentor yang download ilmu semuanya yang berpengalaman dalam bisnes ni.

DDM KAK LYNN
CDM SALHA ZAIN
 CDM HJ. AZLAN DERAMAN
 
  FORMULA JUTAWAN = ILMU + BERTINDAK + RUJUK

Tips yang seringkali di ulang, ulang ,ulang oleh leader kami, yang dah terbukti menjadi, daripada CDM Multi-Millionaire, Hj Azlan Deraman. Jika nak jadi jutawan, FOLLOW setiap step yang beliau buat. Sebab tu adalah rumuan asas untuk capai title MILLIONAIRE.

Gabungan antara CDM HJ Azlan Deraman dengan CDM Salha Zain ternyata telah membawa fenomena baru dalam dunia perniagaan bagi generasi muda sekarang kerana telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya dalam masa yang singkat. 

 
 Sangat-sangat bertuah kerana dipertemukan dengan bisnes dan mentor yang teramat humble ni. InshALLAH segala amanat akan diikut, dipraktikkan lagi.



Jumpa kami di 
ANUGERAH SM/SSM & CAR FUND  
21 MARCH 2015
WISMA MCA, JALAN AMPANG

WE LOVE TLC
#PREMIUMBEAUTIFULEXPERT
#TSUNAMIPB
#TLCKELANTAN
#TOPLEADERSCIRCLE