Sunday, February 25, 2018

TIPS MUDAH TANAM DAUN BAWANG




Tips - Cara mudah tanam daun bawang, tak perlu guna tanah.
Ambil bekas Telur, letakkan bawang ke dalam lubang lubang yang tersedia itu, siram tiap hari dengan menggunakan spray sahaja sehingga basah sarang telur itu, boleh letak dekat dapur senang bila nak pakai.


Jom selamat menanam ya semua 

Sunday, February 18, 2018

PB LOTION | HABIS BINTIK BADAN ANAK KENA GIGIT NYAMUK




BALIK KAMPUNG JE, HABIS BINTIK BADAN ANAK KENA GIGIT NYAMUK.
Memang Paidi pun akui, nyamuk kat kampung ni sehat kemain. Macam dah pekena Appeton Weight Gain dah.
Besar kemain. Ngeri je tengok bila dia & konco-konco dia datang.

Sekali "PELEPAAPPP" kena tampor, merecikkk darah. Petanda dah kenyang sangat la tu. Haha.
Dia yang kenyang, kita la yang sakit.😅😅😅

Kita ok la lagi kena ngan nyamuk pun in Shaa Allah sehat je.
Tapi kalau kena kat anak-anak yang baby lagi, boleh demam tu.
Kulit terus je merah-merah.
Gatal-gatal pulak tu.
Kesian tengok diorang.

Sebelum ni lupa nak bawak balik.
Tapi kali ni, bawak balik prepare untuk pakai malam.
Gosok je losyen ni kat badan.
Selain melembutkan kulit, in Shaa Allah nyamuk pun tak nak masuk dekat dah.
Anti betul nyamuk dengan krim losyen yang ni.

Diorang yang anti, kita la yang lagi suka.
Tak ada dah tergaru-garu kena dengan nyamuk yang memang healty & active ni.
Kalau tak, geram je nak kiter bako je , bagi diorang pegi tempat lain.

Maaf la lambat share kat sahabat berkenaan "KRIM ANTI-NYAMUK" ni.
Kalo tak, memang best la balik kampung,
Tak rasa pun ada nyamuk sebab diorang tak datang dekat pun.

Kalau untuk geng #Hiking memang best prepare sebotol. 😋😋😋

Ok lah nak hirup gulai kawah daging dari tempat kenduri tadi.
Moh ler nak join.

#PremiumBeautifulHandAndBodyLotion
#ThePaidiHasanBalikKampung

Saturday, February 17, 2018

PREMIUM BEAUTIFUL KELANTAN | PENGALAMAN GALI KUBUR




GALI KUBUR
Innalillahi wainna ilaihi raaa ji un.

Semalam ada terima berita kematian sorang Tuan Guru.
Biasa kalau kat area kampung ni, memang akan cari Pak Hasan jugak.
Dah kebiasaan abah Paidi tu memang tolong gali kubur.
Jadi kami anak-anak lelaki memang ikut sekali la.

Ikutkan dah lama dah tak ikut.
Tapi balik kampung kali ni dapat la peluang sekali lagi follow.
Boleh la belajar sikit sebanyak.
Kot-kot nanti boleh tukar profesyen #PaidiHasanPenggaliKubur pulak 😅😅😅.

Sambil-sambil gali tu, alhamdulillah cuba la muhasabah diri jugak, ingat kalau diri sendiri pulak yang duk terbaring dalam ni.
Apa la preparation yang ada kan.
Nak-nak kalau sekarang ni diambil nyawa kan.
Di masa masih dalam jahil ni.
Nauzubillah.

Alhamdulillah sekejap je dah boleh siap sebab tanah kawasan sini berpasir.
Cedok macam tu je tanah tu semua.
Tambah pula ada juga yang datang tolong.
Lagi cepat.

Beruntung la yang diambil pada hari Jumaat kan.
Ada keistimewaan siapa yang mati & dikebumi pada hari Jumaat.
Arwah pula seorang guru & ramai saudara mara, anak murid allahyarham yang datang.
Rasa sayu bila tengok keadaan ni.
Beliau pergi meninggalkan orang-orang hebat ni semua yang sentiasa mendoakan beliau.

Semoga kita pun semua diberi pengakhiran yang terbaik.
Yang diakhiri dengan kalimah
Laa Ilaha illallah Muhammadarr Rasullullah.
In shaa Allah, kita sama-sama persiapkan diri kita.

Sama-sama juga kita sama-sama ingat mengingatkan satu sama lain. 



#ThePaidiHasan
#KematianHariJumaat

PREMIUM BEAUTIFUL : MILIK SIAPA SEGALA DI LANGIT & BUMI




Bertanyalah (wahai muhammad): "Hak milik siapakah segala yang ada di langit dan di bumi?" Katakanlah: "(Semuanya itu) adalah milik Allah. Ia telah menetapkan atas diriNya memberi rahmat. Demi sesungguhnya Ia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tidak ada sebarang syak padanya". Orang-orang yang merugikan diri sendiri (dangan mensia-siakan pengurniaan Allah), maka mereka (dengan sebab yang tersebut) tidak beriman.
Assalamualaikum w.b.t
Salam keberkatan.

#ThePaidiHasan
https://paidihasan.sahajidahhai-o.com.my/

Thursday, February 15, 2018

MARINE ESSENCE | Permintaan Dari Pasir Mas

 
Ada orang rindu tak?
Hari ni dating kat sini je.
Nak pegi jauh tak larat nak berlumba dengan orang yang nak balik kampung😍😍😍.

Ada orang #Kelantan nak #MarineEssence.
Kita tolong penuhkan hajat hati beliau dulu.

#ProjekBerjasaSambilMerasa
#SHOMBatuCaves
#RM100SalesSehari