Saturday, February 17, 2018

PREMIUM BEAUTIFUL KELANTAN | PENGALAMAN GALI KUBUR




GALI KUBUR
Innalillahi wainna ilaihi raaa ji un.

Semalam ada terima berita kematian sorang Tuan Guru.
Biasa kalau kat area kampung ni, memang akan cari Pak Hasan jugak.
Dah kebiasaan abah Paidi tu memang tolong gali kubur.
Jadi kami anak-anak lelaki memang ikut sekali la.

Ikutkan dah lama dah tak ikut.
Tapi balik kampung kali ni dapat la peluang sekali lagi follow.
Boleh la belajar sikit sebanyak.
Kot-kot nanti boleh tukar profesyen #PaidiHasanPenggaliKubur pulak 😅😅😅.

Sambil-sambil gali tu, alhamdulillah cuba la muhasabah diri jugak, ingat kalau diri sendiri pulak yang duk terbaring dalam ni.
Apa la preparation yang ada kan.
Nak-nak kalau sekarang ni diambil nyawa kan.
Di masa masih dalam jahil ni.
Nauzubillah.

Alhamdulillah sekejap je dah boleh siap sebab tanah kawasan sini berpasir.
Cedok macam tu je tanah tu semua.
Tambah pula ada juga yang datang tolong.
Lagi cepat.

Beruntung la yang diambil pada hari Jumaat kan.
Ada keistimewaan siapa yang mati & dikebumi pada hari Jumaat.
Arwah pula seorang guru & ramai saudara mara, anak murid allahyarham yang datang.
Rasa sayu bila tengok keadaan ni.
Beliau pergi meninggalkan orang-orang hebat ni semua yang sentiasa mendoakan beliau.

Semoga kita pun semua diberi pengakhiran yang terbaik.
Yang diakhiri dengan kalimah
Laa Ilaha illallah Muhammadarr Rasullullah.
In shaa Allah, kita sama-sama persiapkan diri kita.

Sama-sama juga kita sama-sama ingat mengingatkan satu sama lain. 



#ThePaidiHasan
#KematianHariJumaat

No comments:

Post a Comment