Wednesday, February 3, 2016

TIPS DIMURAHKAN REZEKI, MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH S.W.T.




"Abudi ko kerja apa? Hari-hari melompat ke? Macam mana ko dapat travel banyak tempat? Ko disponsor ke macam mana? Ko nak melompat sampai bila?"

Ya. Saya hari2 parkour/freerun. Sebab itu yang saya suka dan minat. Tapi itu bukan tujuan post ni. 

Post ni nak remind sesama sendiri yang kita kena yakin semuanya dah ditulis dalam hidup kita, qadha dan qadar. Baiknya atau buruknya kita kena yakin. Rezeki dah ditulis oleh Allah, dan kita dicipta utk sembah Allah dan beribadat kepadaNya. Jadi fokus kepada amalan tarik rezeki maybe?

Setiap hari saya target utk lakukan amalan2 berikut, kalau dapat macam ni memang rasa gembira. Tapi sangat susah nak dapat amalan "complete" (for me at least). Saya akan tulis sekali fadhilat amalan tersebut, kalau ada tambahan atau pembetulan, silakan tambah di ruangan komen. 

Bangun tahajjud, sekurang2nya 2 rakaat, atau sekali seminggu paling lopek. Doa kita semasa waktu tahajjud seperti anak panah yang tepat pada sasarannya, waktu paling dekat dengan Allah.
Solat sunnat dua rakaat sebelum solat Subuh. Lebih bernilai dari dunia dan seisinya. 

Solat subuh berjemaah. Seperti beribadat sepanjang malam jika solat isya pun berjemaah.
Semua solat berjemaah kalau boleh.
Zikir pagi/petang 100 istighfar 100 selawat 100 tasbihat.
Baca yasin. Segala urusan hari itu dipermudahkan Allah. Masalah diselesaikan. 

Solat duha sekurang2nya 4 rakaat, rezeki diberkati dan dilancarkan. 

Solat sunat sebelum zohor 4 rakaat. Lepas zohor 2 rakaat. Lepas maghrib dan lepas isya 2 rakaat. Dalam sehari kalau dapat solat sunat 12 rakaat, Allah bina mahligai dalam syurga kita.
Baca alwaqiah sebelah petang. Tidak akan kebulur.
Dan assajdah dan mulk sebelah malam. Peneman kita dalam qubur.


Lepas isya, solat taubat dan solat sunat witir sekali.
Jangan lupa doa hidayat untuk seluruh alam, doa untuk ibu bapa kita sekali untuk dapat doa diterima skali
Banyak lagi amalan2 yang perlu kita cuba amalkan dalam hidup harian. 

In shaa Allah rezeki dipermudahkan Allah, dan dapat lakukan apa yang kita minat. Kan Allah dah tulis semuanya? Yang penting CUBA untuk lebihkan amalan kita. 

Semoga kita semua dipermudahkan untuk beramal dan tingkat amalan.
-
Photo by Emily Dyan Ibarra

Tuesday, February 2, 2016

PREMIUM BEAUTIFUL MASKULIN : BENGKUNG MODEN DENGAN JAMINAN SEUMUR HIDUP??? - PREMIUM BEAUTIFUL

PREMIUM BEAUTIFUL BODY SHAPING
(70% KESIHATAN, 30% KECANTIKAN)

CIRI-CIRI
**Superbrand
**Lifetime warranty
**Teknologi Jepun, US, Jerman & Taiwan
**Far Infrared Ray (F.I.R)
**Pengiktirafan American Chiropractic Association
**Fabrik Akwatek & Akwadyne
**Kuasa regangan 360darjah
**Direkabentuk untuk 70% Kesihatan, 30% Kecantikan

PREMIUM BEAUTIFUL MASKULIN : KAMI JUAL, KAMI REPAIR, KAMI SERVIS PREMIUM BEAUTIFUL

#‎Fresh‬ from Oven.
Real ‪#‎Testimoni‬ pengguna tegar ‪#‎PremiumBeautiful‬.
Bukanlah untung semata-mata yang dikejar, tapi kepuasan pelanggan lebih membahagiakan.
Terus rasa syukur perkenalkan ‪#‎KorsetAjaib‬ ni pada beliau.
Memang saya servis seumur hidup tau.



‪#‎RealTestimoni‬ ‪#‎RealPeople‬ ‪#‎TopAgentPB‬ ‪#‎Malaysia‬ ‪#‎PBPutrajaya‬ ‪#‎PBSarawak‬ ‪#‎PBKelantan‬ ‪#‎PBSelangor‬

Memang sejak akhir-akhir ni selalu kitorang dapat tahu, ramai yang nak sangat pakai Korset Ajaib Premium Beautiful ni tapi tak tahu nak dapatkan dengan siapa.
 Jadi pada yang nak tahu lebih lanjut @ nak terus beli, pastikan dapat dengan AGENT PREMIUM BEAUTIFUL TERLATIH atau PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT supaya nanti kalau ada apa-apa masalah boleh terus rujuk. 

Sebab apa?
Sebab kami PB EXPERT memang akan bagi servis SEUMUR HIDUP, seiring dengan LIFETIME WARRANTY yang syarikat dah tetapkan bagi setiap set PREMIUM BEAUTIFUL.

ANYTIME, ANYWHERE
FREE FITTING, FREE CONSULTANT, FREE REPAIR

Hubungi @ WhatsApp
0145002339

Monday, February 1, 2016

MOVIE REVIEW : OLA BOLA - FILEM TERBAIK 2016 MALAYSIA





Petikan REVIEW daripada saudara Encik Pojie

OLA BOLA:
1. Aku jarang tengok filem tempatan dan lagi jarang aku buat review selepas kena paksa tonton oleh wife aku. Kali ini aku sendiri pergi tgk wayang sebab tertarik dengan iklan dia.


2. Kisah Ola Bola diinsipirasikan berdasarkan pengalaman Datuk Soh Chin Aun dan skuad Malaysia ketika kelayakan sukan Olimpik Moscow 1980.

3. Pengarah berjaya membawa senario dan keadaan 80an dengan berjaya dari segi pakaian, landskap, suasana meriah dan boleh rasa kita kembali ke zaman 80an.

4. Jalan cerita yang sangat beremosi dimana suka duka pahit getir pemain bola sepak negara dahulu yang bermain bermati-matian untuk negara. Its all about the pride. Ending yang sangat perit dimana sukan yang bertujuan untuk menyatukan manusia menjadi mangsa akibat politik dan perang.

5. Filem ini boleh dikatakan tentang bola sepak dari perspective kaum cina tetapi mmg penglibatan semua bangsa ditunjukkan. Terasa sangat iri hati melihat perpaduan orang zaman dahulu. Timbul persoalan di benak sanubari aku kenapa terjadi perpecahan seperti sekarang. Mungkin kesusahan zaman dahulu menyatukan semua orang.

6. Watak setiap pemain bola sepak berjaya dibawa dengan berjaya. Walaupun ada satu dua babak yg agak kaku tp aku rasa ianya sangat jujur. Cuma bg aku kalau player sabah tu ada slang sabah mesti lg best. Lg satu amoi awek Tauke mmg lawa giler...

7. Filem menunjukkan aksi sukan bg aku susah nak buat. Tak banyak filem yang boleh buat macam benar-benar ada perlawanan sebenar dan bukannya orang berlari ke hulu-hilir. Filem ini boleh berbangga dengan babak-babak perlawanan yang menarik utk kaki bangku mcm aku.

8. Babak yang paling meremangkan bulu roma aku masa player naik nuri (design 80an) nyanyi lagu "inilah barisan kira" sambil keluar view hutan di Malaysia yang tersangat cantik. Masih lagi ada hutan yang cantik di Malaysia. Terasa mcm nak menangis masa tu.

9. Jersy Malaysia dan jaket Malaysia yang sangat klasik. Aku harap tolonglah Nike keluarkan balik. 

10. Sejujurnya bg aku movie kita hanyalah sampah. Cerita yang selalu ada tentang gengster, mat motor, koporat keparat, kisah hantu dan kisah cinta bodoh semata-mata. Percayalah Ola bola mmg lain daripada lain. Sepanjang menonton tadi, Ola bola ini tak sekali pun mempermainkan intellectual aku. Ola bola hormat penonton.

11. Ianya sebuah movie malaysia mengenang kenangan lalu dimana satu Malaysia berasa sayang dan bangga dengan bola sepak kita. Dimana setiap lapisan masyarakat walaupun hidup dalam kesempitan dan kesusahan bersatu di belakang pasukan bola sepak kita dan pasukan bola sepak kita bermain bermati-matian utk negara semata-mata kerana tidak mengkhianati rakyat Malaysia.

12. Aku nak sangat semua orang pergi la tengok cerita ini kalau boleh dengan pakai jersy Malaysia terutama untuk generasi muda. Semoga akan dapat merasakan perasaan cinta dan sayang negara.

13. Aku keluar dari panggung wayang dengan perasaan bangga dan tersenyum. Pelik tapi itulah perasaan aku. Aku bagi 5/5 bintang. Tahniah. Akhirnya kita ada filem yang benar-benar menceritakan tentang kita setelah sekian lama. Tahniah kepada pengarah.


Inilah semangat yang kita nak daripada syarikat-syarikat pengeluar movie tempatan.
Sebuah cerita yang mampu menusuk ke dalam diri dan membuatkan bangsa MALAYSIA BANGGA menjadi rakyat MALAYSIA.

Tak sabar nak tengok juga movie OLA BOLA ni.
Good job!!!!