Baru-baru ini group Crown Diamond Project (CDP) by Top Leaders Circle (TLC) menganjurkan sebuah kelas khas buat rakan kongsi baru untuk berkongsi ilmu pengetahuan berkenaan main project dalam bisnes Premium Beautiful ni.
Alhamdulillah kelas special ni mendapat sambutan yang menggalakkan kerana lebih 70 rakan kongsi yang turut serta dalam program ni dan saya adalah salah seorang daripadanya lah.
Semua yang hadir ni bukan sekadar sekitar KL je tau, tapi dari seluruh Malaysia.
Bayangkan betapa ramai yang nak belajar bisnes dengan TLC...
Itu pun secara Percuma, memang rugi la kalau lepaskan peluang.
Slot pertama, daripada Premium Beautiful Expert Maskulin, DSM NuzulHafiz dari Temerloh, Pahang.
Terharu sangat dengan rakan kongsi yang siap bawa anak kecil untuk belajar. Tapi tak apa lah sebab buat bisnes ni pun memang nak dapatkan yang terbaik untuk anak-anak juga.
Para suami pun turut support isteri, datang sama untuk belajar sama-sama sebab kalau buat bisnes sama-sama suami isteri memang terbaik sangat. Sebab nanti sama-sama bergerak.
Dalam slot Premium Beautiful juga, Nuzul share & ajar juga macam mana nak ukur customer & convert size dengan betul.
Kemudian, slot kedua daripada DSM Melati dari Melaka, untuk present tajuk SOHOBiz, Pelan Perniagaan 1 Tahun.
Memang superb perkongsian yang Kak Mel bagi sampaikan semua aura dalam kelas bertukar jadi panas, membuak-buak nak buat bisnes, nak siapkan cepat-cepat.
Tak lengkap kalau kami semua tak dengar teknik Power Close daripada bonda , CDM Salleha Roslan sebagai mentor hebat kami semua.
Dapat saja tips daripada beliau, rasa memang tak boleh duduk dah. Memang fikir nak terus pergi buat je sebab memang bisnes dengan TLC ni lah paling senang dan tak perlu nak fikir banyak.
Kita cuma buat apa yang mentor dah sediakan untuk kita.
Just COPY saja ayat, tindakan yang mentor ajar kan. CONFIRM menjadi punya lah.
Kalau dulu kita tak boleh meniru dalam peperiksaan, dalam buat assignment, tapi dalam bisnes ni, kita memang dibenarkan dan WAJIB MENIRU untuk dapat hasil yang cemerlang.
Siapa yang tak nak income sampai RMxx,xxx SOLID dalam masa cuma 1 tahun bisnes???
Tepuk dada tanya poket kita!!!
Hari ni dikira hari bertuah saya, isteri dan rakan kongsi bisnes yang lain kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Showroom Mercedes Benz di Damansara untuk test drive kereta idaman masing-masing bersama-sama Mentor kami CDM Salleha Roslan.
Tapi paling utama, kena ya kami dan mentor-mentor kami lebih cenderung kepada Mercedes Benz berbanding dengan kereta keluaran syarikat lain seperti Porshe, Dodge, Range Rover, Lamborghini, Ferrari, dan yang lain-lain lagi la yang kita selalu jumpa kat luar sana.
Sebenarnya pilihan adalah terletak pada tangan masing-masing. Mentor-mentor kami pun tak ada yang paksa kami untuk keluarkan Mercedes Benz untuk Anugerah Car Fund kami.
Tapi bagi saya, simbol yang terdapat dalam logo Mercedes ini sendiri ada maksud yang mendalam.
Mentor menegaskan bahawa logo Mercedes Benz merupakan lambang kecemerlangan dalam hidup.
Once dah dapat capai atau miliki satu unit daripada Mercedes Benz, menandakan individu tersebut seorang yang berjaya dalam kerjaya.
Lambang bulat adalah lambang jam dan garis di dalamnya adalah jarum jam yang membawa kepada pembahagian masa yang bijak.
Memang betul la kan. Seorang yang pandai membuat pembahagian masa dalam hidup akan lebih mudah menjadi seorang yang berjaya kerana masa adalah segala-galanya.
Tanpa masa, kita takkan ada hala tuju.
Tanpa masa kita takkan ada matlamat hidup.
dan tanpa masa kita takkan capai apa pun dalam hidup.
"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian"
Jadi berbalik pada program kami hari ini, kami semua berpeluang untuk merasai sendiri apabila berada di dalam kereta yang membawa lambang kecemerlangan ni.
Memang serius rasa berdebar, rasa best sangat, dan rasa nak capai cepat-cepat kejayaan dalam bisnes bersama Top Leaders Circle ni sebab kami tak perlu keluar duit pun untuk dapatkan kereta mewah ni. Malahan, syarikat yang akan menyediakan dana untuk kita pilih mana-mana kereta idaman yang kita inginkan.
Saya dan isteri, merangkap mentor saya juga dalam bisnes ni memang tak melepaskan peluang untuk feel bagaimana rasanya bila berada dalam Mercedes Benz C200 ni. Memang tak terucap dengan kata-kata kerana terlalu excited.
Kalau tak percaya, sila lah pergi ke showroom untuk rasa sendiri pengalaman ni.
Memang rasa bertuah sangat bila bisnes bermentorkan seorang yang cekal hatinya, CDM Salleha Roslan. Beliau lah yang sentiasa menyokong kami dalam bisnes sehingga sekarang. Tiada kejayaan yang akan tercapai tanpa melalui sedikit keperitan hidup.
Beliau pun menempuh keadaan yang sama sebelum mencapai kejayaan yang menjamin Kebebasan Masa, Kebebasan Kewangan, dan masa depan yang cerah untuk anak-anak dan keluarga.
Sekarang Mercedes Benz menawarkan Rebat sebanyak RM21,000 untuk sebarang C-Class. Jadi memang tak sabar kami nak booking awal-awal C-Class kami untuk Anugerah Car Fund.
Always Dream Big.
If Your Dream Doesn't Scare You
IT AIN't BIG ENOUGH!!!