Ya Allah!!!
Rasa luluh hati ni bila terbaca status di
Facebook daripada seorang kenalan Paidi.
Kenapa luluh sangat?
Sebab setiap kali terfikir nak hantar
anak-anak beliau ke kampung, hantar untuk nenek mereka jaga, setiap kali juga
lah beliau menangis bercucuran air mata.
Macam mana perasaannya, hanya seorang ibu
yang lebih mengetahui.
Bukan saja-saja beliau nak hantar anak ke
kampung (Sabah), tapi disebabkan untuk bekerja, nak cari rezeki untuk bantu
suami beliau.
Kalau nak bagi nenek diorang jaga pun dah tak
boleh nak tahan, apatah lagi kalau nak hantar ke nursery.
Tak pernah terdetik di fikiran.
Faham-faham saja lah zaman sekarang ni
macam-macam yang berlaku kat pusat penjagaan ni. Lagipun diorang bukan lah jaga
anak kita seorang je.
Kalau diorang jaga pun, tak sama dengan yang
kita jaga sendiri tau.
Tapi apa yang Paidi tengok di sekeliling,
sebelum anak keluar lagi, dah planning awal-awal nak hantar anak ke nursery.
Macam ibu bapa sekarang dah tak ada rasa
apa-apa pun, risau tentang kesihatan anak-anak, penjagaan anak, dan tumbesaran
anak.
Seperti diorang fikir, sekadar beranak,
sediakan susu, sediakan pampers, sediakan pakaian, dah cukup baik untuk
anak-anak.
TIDAK!!!!!
Bagi Paidi, semua tu tak penting sebenarnya,
tapi apa yang lagi penting, kita sebagai ibu bapa perlu ada masa yang lebih
bersama anak kita. Tak kira anak yang kecil, ataupun yang remaja.
Maksud masa yang lebih, MASA YANGA
BERKUALITI.
Kalau kita ada masa yang lebih bersama anak
kita, kita sendiri dapat lihat tumbesaran mereka macam mana.
Kita dapat lihat bagaimana mereka belajar
melangkah.
Itu merupakan detik-detik yang tak boleh
dibeli di mana-mana supermarket tau.
Memang zaman sekarang ni perlukan duit,
dan ada ibu bapa yang ambil keputusan untuk sama-sama bekerja untuk dapat duit
lebih. Kadang-kadang sampaikan tak sempat nak main dengan anak sebab pagi-pagi
dah keluar sama-sama jam 6.30pagi, dan balik rumah dah sampai 8-9.00malam.
Bila masa nak main dengan anak kan kalau dah
sama-sama penat.
Tengok-tengok anak dah sekolah dah.
FUHHH Jimat duit dah sebab tak perlu lagi
hantar nursery.
Walaupun sama-sama bekerja, itu tak boleh
dijadikan alasan untuk kita biarkan anak kita dalam jagaan orang lain. Sebab
anak kita adalah anugerah Allah s.w.t dan merupakan tanggungjawab kita untuk
menjaga
dan membesarkan mereka. Bukan tanggungjawab
nursery tau.
Sebab itu lah, semakin ramai dalam kalangan
ibu muda yang nampak perkara ni, dan awal-awal lagi cari alternatif supaya
dapat prevent daripada melakukan perkara yang sama pada anak mereka.
Ada yang belajar menjahit...
Ada yang belajar buat kek @ bakery
Ada yang belajar belajar macam-macam lagi
lah....
Kerana kita di dalam dunia sekarang, tak
boleh limitkan kemampuan kita hanya dengan gaji yang sememangnya takkan pernah
cukup.
Kalau anak seorang biasanya perlukan RM500
sekurang-kurangnya dalam sebulan,
Bayangkan kalau anak 2,3 orang???
Memang banyak yang diperlukan, tapi peluang
untuk kita improve diri kita, improve income kita masih lagi terbuka luas.
Cuma pilihannya terletak pada tangan kita.
Macam mentor Paidi ni, Salleha Roslan, beliau dulu
pun orang yang workaholic juga sebab nak bantu husband untuk cukupkan segala
keperluan setiap bulan. Tapi walaupun beliau bekerja di syarikat oil & gas
yang terkemuka di Malaysia, hanyalah sekadar cukup-cukup makan saja.
Pada saat tersebut, beliau tahu memang perlu
cari jalan untuk ubah kehidupan.
Dan pada masa yang tepat, Allah s.w.t hantar
seseorang (Mentor beliau, Salha Mohd Zain) untuk berkongsi peluang bisnes bersama Top Leaders
Circle sebagai Premium beautiful Expert.
Dan beliau tak sia-siakan peluang yang ada.
Dan hasilnya, baru saja buat bisnes selama 3
tahun, segala hutang piutang dah dapat diselesaikan, 3 keping kad kredit dah
settle habis, segala personal loan dah dijelaskan dan betapa beliau dapat buat
saving keluarga, saving anak-anak sekaligus. Hanya dalam masa 3 tahun bisnes.
Cuba bayangkan kalau beliau tak ambil peluang
tersebut, semestinya masih lagi berada di kerusi yang sama, di syarikat yang
sama, yang beliau duduk pada 10 tahun yang lepas.
Anak-anak?
Memang takkan cukup masa dengan anak-anak
kalau masih lagi berada di tempat yang sama.
Tapi sekarang, hanya dengan peluang yang
datang sekali, terus beliau grab, untuk dapat kepuasan berbisnes dan masa yang
lebih bersama keluarga, serta kebebasan kewangan yang tak dapat dibayangkan.
Sesungguhnya rezeki adalah daripada Allah
s.w.t dan kita perlu bersyukur, tapi Allah s.w.t lebih suka kalau kita berusaha
untuk dapatkan yang lebih baik.
Jadi jangan kita si-siakan sebarang peluang
yang datang, untuk kita capai apa impian kita, apa matlamat kita pada masa
hadapan.
Beliau merupakan mentor saya dalam bisnes, dan
saya berharap dapat kongsikan peluang keemasan ni dengan lebih ramai orang,
lebih-lebih lagi ibu muda di luar sana yang nakkan yang lebih baik untuk
keluarga & anak-anak.
In Shaa Allah kalau beliau boleh, kita pun
boleh buat sebab dalam bisnes ni, kita cuma Copy & Paste apa yang mentor-
mentor buat.
Paidi Hasan
Retire Young
Be Own Boss with Own Time Table
0145002339
Selamat petang semua.
Sebenarnya post ni sepatutnya saya dah siapkan sebelum ni lagi tapi disebabkan oleh banyak hal yang berlaku, sekarang baru saya berpeluang untuk berkongsi dengan semua.
Siapa kat sini tak pernah dengar pun berkenaan PEKAN MUNDOK & PEKAN GOLOK???
Ok la saya cerita sikit sebanyak.
Kedua-dua pekan ni terletak di sempadan Malaysia-Thailand, dipisahkan dengan Sungai Golok.
Sebelum ni, dah lama saya tak masuk ke Pekan Mundok, Thailand sebab takut sangat dengan kejadian bom yang boleh dikatakan selalu sangat terjadi kat sana. Siapa yang tak takut kan bila nak masuk kawasan yang bahaya macam tu.
Naik cuak juga la saya.
Pekan Mundok ni kira-kira 16km daripada bandar Pasir Mas, Kelantan. Boleh pergi sendiri @ naik bas henti-henti dengan tambang RM2.50. Turun di Kampung Bukit Lata, dan terus boleh nampak tebing sungai yang memisahkan Malaysia-Thailand.
Saya, isteri (masa tu kami tak kahwin lagi), adik & kakak saya masuk ke Thailand hanya menggunakan bot penumpang yang memang dah disediakan di sepanjang Sungai Golok.
Kiranya kami masuk secara haram sebab tak ada pasport pun. Bila dah naik bot, memang doanya panjang la sebab takut. Semoga kami selamat selama berada kat sana.
First bila dah jejakkan kaki kat tebing sungai, memang dah siap sediakan tangga batu konkrit sebab dah jadi laluan harian penduduk di kawasan sekitar untuk berulang-alik Malaysia-Thailand-Malaysia.
Tapi tak perlu risau la sebab memang ada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sentiasa berkawal di sepanjang sempadan ni untuk mengawasi keadaan & mengelakkan barang terlarang dibawa masuk ke Malaysia. Lebih-lebih lagi senjata api.
Minta dijauhkan daripada perkara yang tak baik.
Betul tak?
Perhentian pertama kami, of course la tempat makan kan.
Lagipun memang perut dah lapar masa tu, dalam jam 4.00petang. Tapi masa di Thailand lewat 1 jam, jadi masa setempat adalah 3.00petang.
Well kita semua pun dah sentiasa tahu macam mana makanan kat Thailand kan. Memang AWESOME sangat-sangat.
Syurga makanan kan.
Tak perlu risau sebab banyak tempat makan halal di kawasan Pekan Mundok & Golok ni. Memang kawasan ni tempat kediaman penduduk Islam. Jadi makanan pun banyak yang halal.
Kalau nak selamat memang kena bawa orang yang dah biasa la, baru rasa confident nak makan. :D
Pilihan kami, kalau kat Malaysia, kita panggil SATE, CAMBO, tapi kami lebih kenal benda ni sebagai "LOKCING".
Memang pelik pun nama tu. Kitorang pun tak tahu macam mana nama tu boleh wujud, jadi kami pun guna nama tu juga la.
Lokcing pula memang banyak jenis, ada yang bebola daging, bebola ketam, ikan biasa, bebola ikan, keropok, dan macam-macam lagi la...
Tak sempat nak interview akak yang jual tu sebab dah lapar sangat. Jadi kami ambil, bagi dia tolong bakarkan saja. Kami cuma tunggu siap je.
Dalam menunggu, ada lagi penjual yang datang berjalan kaki offer telur burung puyuh. Memang kami bedal la sebab memang favourite pun.
Bila dah siap bakar, terus mak cik yang tolong bakar hantar ke meja.
Makan tu, memang sedap giler-giler la.
Dengan cara bakar yang special,
Dengan kuah pencicah yang sedap. Tak terlalu pedas, tak terlalu manis. Cukup semua rasa. Kalau dapat resepi pencicah ni, memang hari-hari kitorang makan lokcing kat rumah nanti.
Yang ni pula memang takkan lupa kalau datang sini, sebab memang awesome sangat kesedapannya...
Namanya KERABU KAKI AYAM.
Kaki ayam??? Ewwww...
Cuba rasa dulu, don't judge the food by its name.
Confirm mintak bungkus wa cakap lu...
Nah tengok lah macam mana kami makan. Sampai licin kot pinggan. Kalau boleh tapau, memang kami tapau kuah pencicah tu. Sedap sangat-sangat sampai menjilat sudu garpu tau.
Dah siap makan, kitorang tak melepaskan peluang untuk cuci mata kat pasar Pekan Mundok yang memang syurga untuk beli belah sebab banyak pilihan dan harganya memang jauh lebih murah.
Kalau nak tahu, tauke dress, yang kat bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, kebanyakannya ambil stock kat Pekan Golok & Mundok ni.
Tengok lah macam-macam dress yang ada kat sini, sampai rambang mata semuanya. Ikutkan hati, dengan kedai-kedai sekali kitorang bawa balik ke Malaysia sebab tak tahu nak pilih dah.
Part harga memang tak perlu tanya dah sebab memang confirm murah dan siap boleh tawar menawar lagi dengan tauke kedai.
Wife saya pun sempat juga grab beberapa pasang dress dan beberapa aksesori lain.
Jangan risau sebab barang pakaian ni boleh dibawa masuk ke Malaysia. Hanya barang yang terlarang seperti mercun, beras, senjata api tak dibenarkan bawa menyeberangi sungai.
Alhamdulillah kami selamat pulang ke tanah air-Malaysia selepas travel ke OVERSEA-Thailand selama beberapa jam.
Jadi pada yang nak merasa juga, boleh usha kawasan ni.
Tapi dinasihatkan pergi ke sana dengan bertemankan orang tempatan kerana lebih mudah berurusan keluar masuk.
Dah berair mata tengok makanan & dress lawa-lawa kan?
Saya yang tulis post ni pun berapa ratus kali telan air liur sebab terasa kuah pencicah di lidah ni.
Setakat ni saja. Nanti saya update lagi tempat menarik untuk tatapan & guide kepada semua.
Hari ni dikira hari bertuah saya, isteri dan rakan kongsi bisnes yang lain kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Showroom Mercedes Benz di Damansara untuk test drive kereta idaman masing-masing bersama-sama Mentor kami CDM Salleha Roslan.
Tapi paling utama, kena ya kami dan mentor-mentor kami lebih cenderung kepada Mercedes Benz berbanding dengan kereta keluaran syarikat lain seperti Porshe, Dodge, Range Rover, Lamborghini, Ferrari, dan yang lain-lain lagi la yang kita selalu jumpa kat luar sana.
Sebenarnya pilihan adalah terletak pada tangan masing-masing. Mentor-mentor kami pun tak ada yang paksa kami untuk keluarkan Mercedes Benz untuk Anugerah Car Fund kami.
Tapi bagi saya, simbol yang terdapat dalam logo Mercedes ini sendiri ada maksud yang mendalam.
Mentor menegaskan bahawa logo Mercedes Benz merupakan lambang kecemerlangan dalam hidup.
Once dah dapat capai atau miliki satu unit daripada Mercedes Benz, menandakan individu tersebut seorang yang berjaya dalam kerjaya.
Lambang bulat adalah lambang jam dan garis di dalamnya adalah jarum jam yang membawa kepada pembahagian masa yang bijak.
Memang betul la kan. Seorang yang pandai membuat pembahagian masa dalam hidup akan lebih mudah menjadi seorang yang berjaya kerana masa adalah segala-galanya.
Tanpa masa, kita takkan ada hala tuju.
Tanpa masa kita takkan ada matlamat hidup.
dan tanpa masa kita takkan capai apa pun dalam hidup.
"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian"
Jadi berbalik pada program kami hari ini, kami semua berpeluang untuk merasai sendiri apabila berada di dalam kereta yang membawa lambang kecemerlangan ni.
Memang serius rasa berdebar, rasa best sangat, dan rasa nak capai cepat-cepat kejayaan dalam bisnes bersama Top Leaders Circle ni sebab kami tak perlu keluar duit pun untuk dapatkan kereta mewah ni. Malahan, syarikat yang akan menyediakan dana untuk kita pilih mana-mana kereta idaman yang kita inginkan.
Saya dan isteri, merangkap mentor saya juga dalam bisnes ni memang tak melepaskan peluang untuk feel bagaimana rasanya bila berada dalam Mercedes Benz C200 ni. Memang tak terucap dengan kata-kata kerana terlalu excited.
Kalau tak percaya, sila lah pergi ke showroom untuk rasa sendiri pengalaman ni.
Memang rasa bertuah sangat bila bisnes bermentorkan seorang yang cekal hatinya, CDM Salleha Roslan. Beliau lah yang sentiasa menyokong kami dalam bisnes sehingga sekarang. Tiada kejayaan yang akan tercapai tanpa melalui sedikit keperitan hidup.
Beliau pun menempuh keadaan yang sama sebelum mencapai kejayaan yang menjamin Kebebasan Masa, Kebebasan Kewangan, dan masa depan yang cerah untuk anak-anak dan keluarga.
Sekarang Mercedes Benz menawarkan Rebat sebanyak RM21,000 untuk sebarang C-Class. Jadi memang tak sabar kami nak booking awal-awal C-Class kami untuk Anugerah Car Fund.
Always Dream Big.
If Your Dream Doesn't Scare You
IT AIN't BIG ENOUGH!!!
Nak join bisnes
tanpa ada modal?
tanpa perlu jual apa-apa?
tanpa perlu cari orang?
tanpa sponsoring?
tanpa perlu belajar?
Yang belajar setakat UPSR sehingga PHD semua boleh join.
Dalam masa 4 bulan boleh check terus akaun.
Jom!!!!
Tak payah mimpi kalau dengar tentang bisnes goyang kaki, duit masuk tak
henti-henti, alamatnya memang tak ada dah orang miskin kat dunia ni.
Nak sesuatu,
WAJIB ada usaha.
WAJIB kena belajar.
Jangan tertipu dengan skim yang nampak terlalu mudah, tanpa ada usaha kerana itu penipuan semata-mata.
Setiap bisnes perlukan modal
Setiap bisnes perlukan usaha
Setiap bisnes perlukan customer
Setiap bisnes perlukan mentor
Setiap bisnes perlukan komitmen 100%
Kalau betul nak jana income melalui bisnes, cari mentor yang
betul-betul boleh guide sampai bila-bila, bukan sekadar sekerat jalan
saja.
Kalau betul nak bisnes, cari syarikat yang betul-betul kukuh TANPA MENANGGUNG HUTANG at least 10 tahun.
Kalau nak bisnes, cari syarikat yang dah tersenarai pada pasaran Bursa Saham Malaysia.
Kalau betul nak belajar bisnes untuk ubah kehidupan, saya boleh guide.
Hubungi
0145002339
Assalamualaikum w.b.t.
Dalam kita menjalani Ramadhan, kami TLC tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan ahli keluarga kami yang berjaya meletakkan diri dalam pesawat yang akan berlepas ke Bangkok pada penghujung Ogos nanti.
Mereka diraikan di dalam Majlis Iftar bersama Bangkok Qualifier di Sri Ratu Restoran. Walaupun majlis yang sederhana, tapi kehangatan memang terasa kerana mereka berusaha keras untuk mendapatkan tiket tersebut.
Tambahan pula majlis kami ini di hadiri oleh Top Multi-Millionaire CDM Haji Azlan bin Deraman.
Bukan perkara senang untuk dapat 1 tiket bertaraf VVIP untuk ke Bangkok ini kerana setiap Qualifier perlu mencapai 66,000 Point Value (PV) untuk satu tiket.
Tapi walau bagaimana pun, ramai yang berjaya Qualify 2 tiket sekaligus untuk bawa suami bersama-sama.
Ini semua adalah cuma sebahagian daripada Qualifier TLC kerana selebihnya mempunyai masalah di saat-saat terakhir untuk menghadiri majlis ini.
TLC Master Trainer, Sohonita Ikon Malaysia, CDM Salha Zain memberikan sepatah dua kata untuk memberi inject turbo supaya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai segala matlamat, impian dalam bisnes bersama TLC.
Suasana majlis tersangat lah happening kerana hubungan kami dalam TLC bagaikan keluarga sendiri, bagaikan adik beradik yang sentiasa bantu membantu untuk sama-sama berjaya di bawah satu bumbung. Hasil didikan TLC Master Trainer, kami menjadi satu keluarga yang besar.
Bonda-bonda kesayangan saya, DDM Dyna Salleh dan CDM Salleha Roslan yang sentiasa memberi dorongan, semangat untuk saya berusaha lebih kuat untuk merasa nikmatnya berbisnes bersama Top Leaders Circle ini.
Terima kasih yang tidak terhingga buat mentor-mentor yang sentiasa membantu kami dalam perjalanan bisnes ini.
Jika ingin merasa pengalaman hebat berniaga, di sinilah tempatnya.
Tahniah buat semua Bangkok Qualifier di atas pencapaian ini.
In Shaa Allah next trip kita sama-sama usahakan lagi.
Amin.