Showing posts with label TLC Kelantan. Show all posts
Showing posts with label TLC Kelantan. Show all posts

Monday, January 4, 2016

DOAKAN UNTUK AHMAD ZAKIR WAFIUDDIN



Assalamualaikum

Doakan semoga Ahmad Zakir Wafiuddin bin Mohammad Yazmin cepat sembuh. Anak kepada sahabat kita saudara Yazmin telah dimasukkan ke hospital Kota Bharu dan disahkan mengalami Critikal Pulmonary Stenosis (saluran injap jantung ke paru-paru sempit).

Saya menyeru dan merayu kepada semua para sahabat mendoakan buat anak sahabat kita ini supaya kembali sembuh. Tidak dapat dibayangkan kesedihan si ibu yang baru sahaja habis berpantang. Semoga Noramizah Mohamad sabar dan tabah menghadapi ujian ini. 

Sahabat kita Yazmin berniaga kedai air buah di Panji dan aktivitinya sedikit terjejas selepas anaknya dimasukkan ke hospital. Masanya kini banyak berulang alik dari Pasir Mas ke dihospital Kota Bharu menjaga anaknya. Pada masa yang sama Yazmi diperlukan untuk berada disamping isteri yang masih dalam keadaan bersedih.

Saya menyeru kepada para sahabat untuk bersama-sama mengambil bahagiah untuk meringankan sedikit ujian sahabat kita ini. Hari ini sahabat kita sedang diuji dan esok lusa kita tidak tahu akan nasib yang bakal menimpa kita. Bersamalah kita membantu tanda kita bersaudara.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah disalurkan terus ke;

Akaun Maybank
Angkatan Prihatin Kelantan
5531 3100 8438


Sumbangan boleh disalurkan kepada Angkatan Prihatin Kelantan dan dimaklumkan kepada bendahari Ahmad Syafwan (0139834220) melalui whatapps tagline ‪#‎doauntukwafi‬ untuk tujuan rekod kami. 

Teruskan berdoa buat Wafi dan kami dari jauh sentiasa mendoakan untuk anda sekeluarga. 

Jeming Hassan
2 Januari 2016

Wednesday, July 8, 2015

Iftar TLC Bersama Qualifier Bangkok Free Trip

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kita menjalani Ramadhan, kami TLC tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan ahli keluarga kami yang berjaya meletakkan diri dalam pesawat yang akan berlepas ke Bangkok pada penghujung Ogos nanti.


Mereka diraikan di dalam Majlis Iftar bersama Bangkok Qualifier di Sri Ratu Restoran. Walaupun majlis yang sederhana, tapi kehangatan memang terasa kerana mereka berusaha keras untuk mendapatkan tiket tersebut.
Tambahan pula majlis kami ini di hadiri oleh Top Multi-Millionaire CDM Haji Azlan bin Deraman.

Bukan perkara senang untuk dapat 1 tiket bertaraf VVIP untuk ke Bangkok ini kerana setiap Qualifier perlu mencapai 66,000 Point Value (PV) untuk satu tiket.
Tapi walau bagaimana pun, ramai yang berjaya Qualify 2 tiket sekaligus untuk bawa suami bersama-sama.


Ini semua adalah cuma sebahagian daripada Qualifier TLC kerana selebihnya mempunyai masalah di saat-saat terakhir untuk menghadiri majlis ini.





TLC Master Trainer, Sohonita Ikon Malaysia, CDM Salha Zain memberikan sepatah dua kata untuk memberi inject turbo supaya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai segala matlamat, impian dalam bisnes bersama TLC.

Suasana majlis tersangat lah happening kerana hubungan kami dalam TLC bagaikan keluarga sendiri, bagaikan adik beradik yang sentiasa bantu membantu untuk sama-sama berjaya di bawah satu bumbung. Hasil didikan TLC Master Trainer, kami menjadi satu keluarga yang besar.


Bonda-bonda kesayangan saya, DDM Dyna Salleh dan CDM Salleha Roslan yang sentiasa memberi dorongan, semangat untuk saya berusaha lebih kuat untuk merasa nikmatnya berbisnes bersama Top Leaders Circle ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat mentor-mentor yang sentiasa membantu kami dalam perjalanan bisnes ini.
Jika ingin merasa pengalaman hebat berniaga, di sinilah tempatnya.

Tahniah buat semua Bangkok Qualifier di atas pencapaian ini. 
In Shaa Allah next trip kita sama-sama usahakan lagi.

Amin.

Sunday, June 28, 2015

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT KELANTAN

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya tak sambut Ramadhan di Kelantan kan, disebabkan oleh tuntutan tugas yang tak mengizinkan saya pulang ke kampung semahu hati saja.
Kalau kat Pahang, ok lagi kalau nak ambil cuti 2 hari untuk balik kampung. Tapi kalau ke Kelantan, memang terpaksa ambil seminggu juga la.


Apa pun Alhamdulillah sebab berpeluang untuk manage masa kerja sendiri sejak berkecimpung dalam bisnes bersama Top Leaders Circle (TLC), di mana saya mewakili TLC Kelantan. Memang tak pernah terfikir pun untuk dapat merasa pengalaman bekerja sendiri macam ni, tapi inilah kehidupan saya sekarang.
Bekerja sendiri dengan masa kerja diuruskan sendiri, dari mana saja.


Hasrat pulang ke kampung halaman di Kelantan ni tak lain tak bukan untuk berkongsi peluang bisnes Premium Beautiful dengan anak-anak muda di Kelantan, yang berminat untuk mengubah kehidupan secara TOTAL kerana tidak pernah lagi saya jumpa peluang keemasan yang setanding dengan bisnes bersama TLC Kelantan ni.

Kenapa saya boleh cakap macam ni? 
Sebab cara kami di TLC ni bisnes secara bermentor. Maksudnya apa jua yang kita buat dalam perjalanan bisnes kita, akan ada mentor yang akan sentiasa guide kita supaya perjalanan kita akan lebih mudah. Mentor kita pula bukan calang-calang, tapi SOHONITA IKON MALAYSIA, Salha Zain.


Bukan senang untuk beliau dapat Title Sohonita Ikon Malaysia ni tau, memang ada perit yang beliau lalui untuk capai kejayaan ni.
Dan kami TLC Kelantan memang teramat beruntung diperkenalkan dengan bisnes bersama Salha Zain ni. 

Segala ilmu, info berkenaan bisnes ni memang dibekalkan secara percuma oleh mentor-mentor direct kepada kita di kelas mingguan TLC bertempat di TLC Centre.
Jika inginkan personal coaching daripada mentor terhebat ni, anytime boleh request untuk kita asah lagi ilmu dan skill kita dalam bisnes bersama TLC.


Premium Beautiful telah menjadi tulang belakang bagi TLC kerana kami memang fokuskan kepada produk korset kesihatan yang telah mendapat pengiktirafan dunia ini. Lagipun kami TLC memang pegang pasaran Premium Beautiful di dalam dan luar negara hanya melalui pasaran dalam talian. 


Bagaimana kami TLC dapat pegang pasaran Premium Beautiful???
Kami mempunyai mentor yang telah terbukti berjaya, business plan  yang terbukti, dan mentor yang mahir dalam bidang markerting internet berpengalaman selama 10 tahun. Sebab itu lah kami TLC dapat meluaskan pasaran sehingga ke luar negara.


Premium Beautiful di Kelantan memang terbukti telah lama kerana mentor Multi-Millionaire kami, Azlan Deraman juga adalah anak jati Kelantan. Jadi kami TLC ingin meluaskan lagi sayap kami untuk membantu orang lain mencapai impian hidup yang selama ini di anggap mustahil. Tapi dengan TLC, semuanya boleh dicapai dan tak mustahil lagi untuk dicapai. Asalkan beri peluang untuk BELAJAR, MENGAJAR, dan DIAJAR, KEJAYAAN sentiasa menanti di hadapan.



Sama la dengan apa yang mentor-mentor kami lalui, perjalanan yang sama untuk mencapai kejayaan. Menuntut ilmu adalah WAJIB dalam usaha kita untuk berjaya. Jangan sesekali berasa sombong dengan apa yang kita ada kerana semuanya adalah kurniaan Allah s.w.t. Sekelip mata saja Allah s.w.t boleh tarik balik segala nikmat tersebut.

Apabila dah berjaya, kita usahakan pula untuk bantu orang lain mencapai kejayaan, untuk merasa apa yang kita dah rasa supaya semua orang dapat manfaat tersebut. Impian kita haruslah untuk membangunkan ummah supaya semuanya berjaya.

Jadi sementara saya berada di Kelantan, harapan saya ramailah yang mempunyai matlamat yang sama dengan saya, untuk berjaya. Sesiapa yang ada matlamat tersebut, saya akan cuba bantu, guide sampai betul-betul puas hati sebagai Premium Beautiful Expert di bawah naungan Top Leaders Circle ini.

Hubungi saya untuk mengalami pengalaman hebat berniaga, saya akan guide sampai betul-betul puas hati. Tiada istilah mentor tinggalkan protege di tengah jalan.
Beri saya komitment 100%, saya akan beri 500% untuk guide protege-protege saya.


PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT KELANTAN
0145002339