Showing posts with label Salleha Roslan. Show all posts
Showing posts with label Salleha Roslan. Show all posts

Wednesday, December 27, 2017

DUA IRON LADY DARI DULU HINGGA SEKARANG.




Siapa dia ni IRON LADY yang ada kat sebelah Paidi Hasan ni?
Mungkin ada sahabat yang dah kenal.
Dan ada yang tak kenal lagi.
Apa pun nak cerita jugak sebab apa saya anggap mereka berdua ni IRON LADY.

Kedua-duanya adalah Mentor dalam bisnes SHOM ni.

Sebelah kiri CDM Salleha Roslan, dan sebelah kanan Bakal CDM Salina Salleh.
Amin Ya Rabbal A'Lamin.
Semoga keduanya sentiasa diberi kesihatan yang terbaik, dirahmati, serta diberkati Allah s.w.t dalam setiap langkah mereka untuk bantu beri nilai hidup yang lebih baik pada kami semua.

Setiap kejayaan memang tak mungkin tak ada halangan dan ujian dari Allah s.w.t
Dan ujian tersebut lah yang sebenarnya beri mereka peluang untuk lebih maju ke depan.


Apa yang kita nampak di depan mata, cuma gelak tawa, kehidupan yang sangat selesa, tanpa ada kerisauan di raut wajah mereka.
Tapi sebenarnya banyak yang mereka dah lalui yang kita sendiri pun tak terjangka akan jadi macam tu sekali.
Semata-mata untuk dapatkan yang lebih baik untuk keluarga.


Tapi paling saya kagum dengan mereka berdua ni. Tak pernah putus asa dengan rakan kongsi.
Sentiasa ada je masa untuk bantu rakan kongsi buat yang lebih baik.
Ada saja idea baru untuk mudahkan lagi kami semua berniaga dan kekal dalam bisnes yang sama.
Walaupun ada je halangan, diorang boleh letak tepi je halangan tu, semata-mata untuk turun bantu kami. 


Kalau nak diikutkan halangan anak, IRON LADY berdua ni, sama-sama ada anak.
Bukan satu
Bukan dua,
Tapi tiga anak setiap seorang tau.
Siapa yang ada anak, tahu la macam mana penangannya kan.
Tapi mentor hebat berdua ni tak pernah beri kami alasan anak untuk tak support kami.
Jadi apa lah sangat halangan yang kita ada untuk beri excuse pada mentor kan.


Support pun bukan sedikit sedikit,
Tapi kalau kita bagi 100% komitmen pada bisnes ni, mereka memang akan support kita 200% tau.
Sebab matlamat Mentor hebat dalam bisnes ni, bukan sekadar untuk diri sendiri, tapi lebih kepada nak rakan kongsi, bisnes partner dapat rasa sendiri peningkatan dalam hidup bila commit dalam bisnes SHOM ni.


Sejak awal lagi kenal dengan CDM Salleha Roslan & BCDM Salina Salleh, memang tak pernah diorang berdua ni lepaskan tangan untuk bimbing kami semua.
Walau apa pun kerenah yang kitorang bagi, Mentor berdua ni tetap support, tetap beri yang terbaik pada kitorang. Dan benda ni sebenarnya yang sangat terdetik dalam diri untuk saya sendiri buat bersungguh-sungguh.
Untuk balas balik jasa, usaha, pengorbanan yang mentor-mentor hebat ni dah bagi sepanjang perjalanan kami ni.


Dan juga nak bawa sekali rakan kongsi, rakan seperjuangan untuk capai impian hidup masing-masing.

Terima kasih Mentor-mentor IRON LADY Hebat.

Kami Follow 500%
Terima kasih.


#ThePaidiHasan #MentorBusiness #IronLady

Wednesday, July 8, 2015

Iftar TLC Bersama Qualifier Bangkok Free Trip

Assalamualaikum w.b.t.

Dalam kita menjalani Ramadhan, kami TLC tidak melepaskan peluang untuk meraikan kejayaan ahli keluarga kami yang berjaya meletakkan diri dalam pesawat yang akan berlepas ke Bangkok pada penghujung Ogos nanti.


Mereka diraikan di dalam Majlis Iftar bersama Bangkok Qualifier di Sri Ratu Restoran. Walaupun majlis yang sederhana, tapi kehangatan memang terasa kerana mereka berusaha keras untuk mendapatkan tiket tersebut.
Tambahan pula majlis kami ini di hadiri oleh Top Multi-Millionaire CDM Haji Azlan bin Deraman.

Bukan perkara senang untuk dapat 1 tiket bertaraf VVIP untuk ke Bangkok ini kerana setiap Qualifier perlu mencapai 66,000 Point Value (PV) untuk satu tiket.
Tapi walau bagaimana pun, ramai yang berjaya Qualify 2 tiket sekaligus untuk bawa suami bersama-sama.


Ini semua adalah cuma sebahagian daripada Qualifier TLC kerana selebihnya mempunyai masalah di saat-saat terakhir untuk menghadiri majlis ini.





TLC Master Trainer, Sohonita Ikon Malaysia, CDM Salha Zain memberikan sepatah dua kata untuk memberi inject turbo supaya berusaha dengan lebih gigih lagi untuk mencapai segala matlamat, impian dalam bisnes bersama TLC.

Suasana majlis tersangat lah happening kerana hubungan kami dalam TLC bagaikan keluarga sendiri, bagaikan adik beradik yang sentiasa bantu membantu untuk sama-sama berjaya di bawah satu bumbung. Hasil didikan TLC Master Trainer, kami menjadi satu keluarga yang besar.


Bonda-bonda kesayangan saya, DDM Dyna Salleh dan CDM Salleha Roslan yang sentiasa memberi dorongan, semangat untuk saya berusaha lebih kuat untuk merasa nikmatnya berbisnes bersama Top Leaders Circle ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat mentor-mentor yang sentiasa membantu kami dalam perjalanan bisnes ini.
Jika ingin merasa pengalaman hebat berniaga, di sinilah tempatnya.

Tahniah buat semua Bangkok Qualifier di atas pencapaian ini. 
In Shaa Allah next trip kita sama-sama usahakan lagi.

Amin.