Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Wednesday, October 21, 2015

JALAN-JALAN KE PEKAN MUNDOK, THAILAND


Selamat petang semua. 
Sebenarnya post ni sepatutnya saya dah siapkan sebelum ni lagi tapi disebabkan oleh banyak hal yang berlaku, sekarang baru saya berpeluang untuk berkongsi dengan semua.
Siapa kat sini tak pernah dengar pun berkenaan PEKAN MUNDOK & PEKAN GOLOK???



Ok la saya cerita sikit sebanyak.
Kedua-dua pekan ni terletak di sempadan Malaysia-Thailand, dipisahkan dengan Sungai Golok. 

Sebelum ni, dah lama saya tak masuk ke Pekan Mundok, Thailand sebab takut sangat dengan kejadian bom yang boleh dikatakan selalu sangat terjadi kat sana. Siapa yang tak takut kan bila nak masuk kawasan yang bahaya macam tu.
Naik cuak juga la saya.



Pekan Mundok ni kira-kira 16km daripada bandar Pasir Mas, Kelantan. Boleh pergi sendiri @ naik bas henti-henti dengan tambang RM2.50. Turun di Kampung Bukit Lata, dan terus boleh nampak tebing sungai yang memisahkan Malaysia-Thailand.


Saya, isteri (masa tu kami tak kahwin lagi), adik & kakak saya masuk ke Thailand hanya menggunakan bot penumpang yang memang dah disediakan di sepanjang Sungai Golok.
Kiranya kami masuk secara haram sebab tak ada pasport pun. Bila dah naik bot, memang doanya panjang la sebab takut. Semoga kami selamat selama berada kat sana.


First bila dah jejakkan kaki kat tebing sungai, memang dah siap sediakan tangga batu konkrit sebab dah jadi laluan harian penduduk di kawasan sekitar untuk berulang-alik Malaysia-Thailand-Malaysia.
Tapi tak perlu risau la sebab memang ada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sentiasa berkawal di sepanjang sempadan ni untuk mengawasi keadaan & mengelakkan barang terlarang dibawa masuk ke Malaysia. Lebih-lebih lagi senjata api. 
Minta dijauhkan daripada perkara yang tak baik.
Betul tak?


Perhentian pertama kami, of course la tempat makan kan.
Lagipun memang perut dah lapar masa tu, dalam jam 4.00petang. Tapi masa di Thailand lewat 1 jam, jadi masa setempat adalah 3.00petang.
Well kita semua pun dah sentiasa tahu macam mana makanan kat Thailand kan. Memang AWESOME sangat-sangat. 
Syurga makanan kan.


Tak perlu risau sebab banyak tempat makan halal di kawasan Pekan Mundok & Golok ni. Memang kawasan ni tempat kediaman penduduk Islam. Jadi makanan pun banyak yang halal. 
Kalau nak selamat memang kena bawa orang yang dah biasa la, baru rasa confident nak makan. :D




Pilihan kami, kalau kat Malaysia, kita panggil SATE, CAMBO, tapi kami lebih kenal benda ni sebagai "LOKCING".
Memang pelik pun nama tu. Kitorang pun tak tahu macam mana nama tu boleh wujud, jadi kami pun guna nama tu juga la.


Lokcing pula memang banyak jenis, ada yang bebola daging, bebola ketam, ikan biasa, bebola ikan, keropok, dan macam-macam lagi la...
Tak sempat nak interview akak yang jual tu sebab dah lapar sangat. Jadi kami ambil, bagi dia tolong bakarkan saja. Kami cuma tunggu siap je.
Dalam menunggu, ada lagi penjual yang datang berjalan kaki offer telur burung puyuh. Memang kami bedal la sebab memang favourite pun.  


Bila dah siap bakar, terus mak cik yang tolong bakar hantar ke meja.
Makan tu, memang sedap giler-giler la. 
Dengan cara bakar yang special,
Dengan kuah pencicah yang sedap. Tak terlalu pedas, tak terlalu manis. Cukup semua rasa. Kalau dapat resepi pencicah ni, memang hari-hari kitorang makan lokcing kat rumah nanti.


 Yang ni pula memang takkan lupa kalau datang sini, sebab memang awesome sangat kesedapannya...
Namanya KERABU KAKI AYAM.
Kaki ayam??? Ewwww...
Cuba rasa dulu, don't judge the food by its name.
Confirm mintak bungkus wa cakap lu...



Nah tengok lah macam mana kami makan. Sampai licin kot pinggan. Kalau boleh tapau, memang kami tapau kuah pencicah tu. Sedap sangat-sangat sampai menjilat sudu garpu tau.


Dah siap makan, kitorang tak melepaskan peluang untuk cuci mata kat pasar Pekan Mundok yang memang syurga untuk beli belah sebab banyak pilihan dan harganya memang jauh lebih murah.
Kalau nak tahu, tauke dress, yang kat bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, kebanyakannya ambil stock kat Pekan Golok & Mundok ni.



Tengok lah macam-macam dress yang ada kat sini, sampai rambang mata semuanya. Ikutkan hati, dengan kedai-kedai sekali kitorang bawa balik ke Malaysia sebab tak tahu nak pilih dah.



Part harga memang tak perlu tanya dah sebab memang confirm murah dan siap boleh tawar menawar lagi dengan tauke kedai.



Wife saya pun sempat juga grab beberapa pasang dress dan beberapa aksesori lain. 
Jangan risau sebab barang pakaian ni boleh dibawa masuk ke Malaysia. Hanya barang yang terlarang seperti mercun, beras, senjata api tak dibenarkan bawa menyeberangi sungai.


Alhamdulillah kami selamat pulang ke tanah air-Malaysia selepas travel ke OVERSEA-Thailand selama beberapa jam.
Jadi pada yang nak merasa juga, boleh usha kawasan ni. 
Tapi dinasihatkan pergi ke sana dengan bertemankan orang tempatan kerana lebih mudah berurusan keluar masuk.





Dah berair mata tengok makanan & dress lawa-lawa kan?
Saya yang tulis post ni pun berapa ratus kali telan air liur sebab terasa kuah pencicah di lidah ni.
Setakat ni saja. Nanti saya update lagi tempat menarik untuk tatapan & guide kepada semua.




Tuesday, October 20, 2015

PENGALAMAN PERTAMA BERADA DI DALAM MERCEDES C200



Hari ni dikira hari bertuah saya, isteri dan rakan kongsi bisnes yang lain kerana berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Showroom Mercedes Benz di Damansara untuk test drive kereta idaman masing-masing bersama-sama Mentor kami CDM Salleha Roslan.


Tapi paling utama, kena ya kami dan mentor-mentor kami lebih cenderung kepada Mercedes Benz berbanding dengan kereta keluaran syarikat lain seperti Porshe, Dodge, Range Rover, Lamborghini, Ferrari, dan yang lain-lain lagi la yang kita selalu jumpa kat luar sana.

Sebenarnya pilihan adalah terletak pada tangan masing-masing. Mentor-mentor kami pun tak ada yang paksa kami untuk keluarkan Mercedes Benz untuk Anugerah Car Fund kami. 
Tapi bagi saya, simbol yang terdapat dalam logo Mercedes ini sendiri ada maksud yang mendalam.


Mentor menegaskan bahawa logo Mercedes Benz merupakan lambang kecemerlangan dalam hidup. 
Once dah dapat capai atau miliki satu unit daripada Mercedes Benz, menandakan individu tersebut seorang yang berjaya dalam kerjaya.
Lambang bulat adalah lambang jam dan garis di dalamnya adalah jarum jam yang membawa kepada pembahagian masa yang bijak.

Memang betul la kan. Seorang yang pandai membuat pembahagian masa dalam hidup akan lebih mudah menjadi seorang yang berjaya kerana masa adalah segala-galanya. 
Tanpa masa, kita takkan ada hala tuju.
Tanpa masa kita takkan ada matlamat hidup.
dan tanpa masa kita takkan capai apa pun dalam hidup.

"Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian"



Jadi berbalik pada program kami hari ini, kami semua berpeluang untuk merasai sendiri apabila berada di dalam kereta yang membawa lambang kecemerlangan ni.

Memang serius rasa berdebar, rasa best sangat, dan rasa nak capai cepat-cepat kejayaan dalam bisnes bersama Top Leaders Circle ni sebab kami tak perlu keluar duit pun untuk dapatkan kereta mewah ni. Malahan, syarikat yang akan menyediakan dana untuk kita pilih mana-mana kereta idaman yang kita inginkan.


Saya dan isteri, merangkap mentor saya juga dalam bisnes ni memang tak melepaskan peluang untuk feel bagaimana rasanya bila berada dalam Mercedes Benz C200 ni. Memang tak terucap dengan kata-kata kerana terlalu excited. 
Kalau tak percaya, sila lah pergi ke showroom untuk rasa sendiri pengalaman ni.


Memang rasa bertuah sangat bila bisnes bermentorkan seorang yang cekal hatinya, CDM Salleha Roslan. Beliau lah yang sentiasa menyokong kami dalam bisnes sehingga sekarang. Tiada kejayaan yang akan tercapai tanpa melalui sedikit keperitan hidup. 
Beliau pun menempuh keadaan yang sama sebelum mencapai kejayaan yang menjamin Kebebasan Masa, Kebebasan Kewangan, dan masa depan yang cerah untuk anak-anak dan keluarga.


Sekarang Mercedes Benz menawarkan Rebat sebanyak RM21,000 untuk sebarang C-Class. Jadi memang tak sabar kami nak booking awal-awal C-Class kami untuk Anugerah Car Fund.

Always Dream Big.
If Your Dream Doesn't Scare You
IT AIN't BIG ENOUGH!!!


Friday, April 17, 2015

KAWAN TAK NAK, SAYA BUKA PELUANG UNTUK ORANG LAIN

Reaksi kawan-kawan bila aku start bisnes dengan Hai-O Marketing.
*Wahhh, bisnesman berjaya ni!!!
*Orang kaya!!!
*Dah keje pun nak bisnes lagi, tak habis la harta ko Paidi!!!
*Tak cukup lagi ke rezeki Allah s.w.t bagi? Sampai kena buat bisnes?
*Hidup ni kena duduk diam juga, jangan keje 24 jam.

** dan macam2 lagi la.


 
Dan bila aku ajak join buat bisnes sekali
*Aku nak tengok ko dulu, kalau menjadi, aku masuk.
*Aku tak ada masa la nak bisnes.
*Aku tak pandai berniaga.
*Aku tak ada modal.
*Aku tak nak la main MLM.
*Dah ramai masuk, mana aku nak cari customer?
*Cukup la rezeki aku ni, boleh hidup lagi.
*Rezeki Allah s.w.t dah tetapkan, ada la tu bahagian aku kat mana-mana.

**dan macam2 lagi.



TAPI BILA SAMPAI HARI BONUS (10 HARIBULAN)
*Banyak bonus ko Pai, belanja la.
*Takkan makan sorang kot duit bonus tu.
*Businessman mesti la kena belanja kawan-kawan.
*Duit sapa ko rembat? Banyak ni Pai.
*Pinjam sikit Pai.



Di sini saya simpulkan 1 saja.

***Ramai orang yang ingin hidup senang tapi tak berani untuk ambil sebarang risiko. Hidup ni, penuh dengan risiko. Kita perlu ambil risiko tersebut untuk melompat ke suatu keadaan yang lebih baik.
Selama saya berada di dalam bisnes ni, tak ada lagi rakan kongsi yang nak menjatuhkan antara satu sama lain. Kalau yang sama-sama naikkan ada la. 



Kami dalam TOP LEADERS CIRCLE (TLC) ada formula yang disediakan untuk berbisnes. Kita ikut formula tersebut, kita boleh capai kejayaan.

Ada juga bila saya tunjuk kejayaan mentor-mentor, kawan saya jawab,
"Tu memang rezeki dia kat situ, rezeki kita tak sama dengan dia". 


Adakah anda pun berfikiran sama dengan kawan-kawan saya ni?
Saya JAMIN, ANDA AKAN SENTIASA BERADA DI TAKUK YANG SAMA. 

Saya jumpa satu cabang terbaik untuk ubah kehidupan, jadi lebih baik saya kongsikan dengan kawan-kawan, tapi kalau kawan-kawan sendiri tak berminat, saya buka peluang buat orang lain.

Sertai saya
PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT TLC
0145002339

Thursday, December 11, 2014

MATERIAL PREMIUM BEAUTIFUL

Pakaian dalam pembentukan badan Premium Beautiful membentuk kontur keseluruhan badan yang menarik, membentuk badan yang sihat dan seimbang. Ia memberi kesan secara serta-merta dengan selamat tanpa memerlukan pengambilan ubat, melakukan pembedahan dan senaman

Set Premium Beautiful ini memfokuskan kepada 70% kesihatan dan 30% kecantikan (pembentukan badan). Ia direka dengan ciri-ciri yang amat unik. Set premium beautiful bukan seperti pakaian dalam yang biasa. ia diperbuat daripada fabrik akwatek dan akwadyne yang sebati dengan air. Kadar penyerapan peluh dan pengaliran udara adalah baik, selesa dan tidak terikat semasa memakainya

Material akwatek dan akwadyne ni, 

  • Fabrik yang digunakan sebagai baju angkasawan Syeikh Muzaffar masa ke bulan
  • Fabrik yang digunakan sebagai baju perenang antarabangsa
Sebab apa? Kainnya yang ringan tu tak menenggelamkan badan kita dan sangat selesa dipakai

Tuesday, December 2, 2014

DISEMBER DAH TIBA

Wahhhh...
Sedar tak sedar kita dah sampai ke hujung tahun dah.
Dah smpai hujung tahun, yang paling best budak-budak sekolah, ibu bapa yang tak bekerja, dan cikgu-cikgu (termasuk juga ke).
Sebab apa saya kata best?
Kan dah cuti sekolah, siapa yang tak suka sekolah cuti??
Semua orang suka.


Tapi kami di Top Leader Circle, bila dah sampai hujung tahun, mesti akan berlumba-lumba untuk punch stock. Bukan apa, untuk mencukupkan Bv masing-masing.
Bila dah cukup Bv, baru lah dapat bonus. Nak-nak lagi yang nak naik % lagi, seterusnya nak naik pangkat. Semua tu penting sebab Januari nanti ada penganugerahan untuk Senior Sales Manager (SSM) dan Pencapai Jualan 100k. Pulangan yang lumayan menanti.
Siapa tak nak kan.





Senyum je semua kawan-kawan di Top Leaders Circle (TLC) pergi punch stock kat stokis/HQ.
Mana tak nya? Bonus bulan 12 confirm dah besar punya.





Saya sendiri pun tak lepas peluang untuk punch juga. sebab saya pun ada target sendiri bersama dengan partner saya. Kami nak kejar leader-leader yang dah terbukti berjaya.
Alhamdulillah semua yang kami punch kat stokis dah banyak orang tempah. Sekejap saja dah licin dah. Tunggu masa nak punch stock lain pula.

Nak tanya tentang produk???
Nak tanya tentang bisnes apa yang saya buat???
Nak tanya income saya sekarang???
Atau nak tanya siapa partner saya??? hehe...yang tu tak boleh.

Boleh hubungi saya bila-bila masa, saya akan bantu orang yang ada keinginan untuk berjaya.

PAIDI HASAN
0145002339
paidihasan@gmail.com