Showing posts with label Hai-O Marketing. Show all posts
Showing posts with label Hai-O Marketing. Show all posts

Thursday, January 21, 2016

BISNES HANYA JUAL BUSINESS PLAN - PENIPU BESAR - HAI-O MARKETING

Semalam ada jumpa kenalan di area Kelantan ni atas urusan bisnes.
Tiba-tiba beliau pun offer dia punya bisnes.

"DUDUK SAJA, TAPI DUIT MASUK DALAM AKAUN TAK HENTI-HENTI"

Saya tanya la, "Jual produk apa?"
Dia cakap tak boleh bagitau

Tanya lagi, "Jual servis ke?"
Dia cakap tak boleh bagitau, datang ofis baru kita explain.
Tapi dah ramai join dengan dia, sampaikan tak terlayan call orang-orang kita yang nak join.

Okay lah, saya boleh terima bab
"duduk saja tak buat apa-apa, duit masuk tak henti-henti" dan
"orang cari kita tak henti-henti untuk join bisnes ni"

TAPI PERSOALANNYA,

Kalau BISNES,
Mesti ada yang kita perlu buat untuk kita dapat income,
Such as Jual Barang, Jual Produk, Jual Servis,
Mesti yang kita perlu POWER PROMOTE servis kita, baru orang akan cari kita.

Tapi yang saya jumpa semalam,
"DUDUK SAJA, DUIT MASUK TAK HENTI-HENTI".
Macam tak masuk akal, dan memang tak masuk akal tanpa buat apa-apa duit masuk.

Dan kita pun tak tahu dari mana sumber pendapatan kita.
Sebab kita pun tak buat apa-apa. Jadi memang amat meragukan sangat-sangat.

Memang ramai la yang join sebab kerja apa yang duk saja dan duit masuk tak henti-henti. I bet, dah ribuan Melayu kita yang join sebab memang dah popular dengan nak hasil senang TANPA buat kerja.

Kita pun atas sebab nak tahu apa yang diorang buat ni, sampaikan boleh duit masuk tanpa buat apa-apa,
Kita baca lah website, facebook diorang.

Rupa-rupanya bukan jual produk, tapi jual business plan.
Mana taknya,
kalau masuk RM30,000 dapat pulangan RM110,000. 
TANPA BUAT APA-APA.

Bukan nak burukkan sesiapa, tapi kalau kita fikirkan logic akal. Mana mungkin boleh dapat income berkali-kali ganda, UNLESS ada SOMETHING yang tak CLEAR.

Dan ini berkaitan dengan HALAL-HARAM rezeki kita.

Biasanya yang terkena dengan SKIM CEPAT KAYA macam ni, akan serik & tolak segala peluang bisnes yang ada selepas-selepas ni sebab dah fobia.
Walaupun jumpa dengan bisnes yang betul-betul, bukan sekadar JUAL BUSINESS PLAN saja.

Kalau bisnes dia tu bisnes yang betul-betul
Mesti dia boleh sebut apa yang dia buat
Apa produk yang kita perlu jual
Untuk capai income tu.

************************************************************************

Kalau bisnes, tapi tak boleh cakap apa servis, apa produk, moga-moga kita jauhkan diri sebab ada sesuatu yang diorang nak sembunyikan dari kita.

Kalau orang tanya buat bisnes apa?
Saya boleh jawab, saya jual Premium Beautiful di bawah support Sahajidah Hai-O Marketing yang dah 23 tahun di Malaysia & diiktiraf penuh oleh kerajaan Malaysia.

Kalau tipu, 5 tahun pun tak dapat nak bertahan tau.

Kalau yang sebelum ni ada yang cakap Hai-O Marketing ni penipu sebab tinggalkan orang selepas dah dapat modal.
Sebenarnya hal tu dibuat oleh hanya ahli-ahli yang tak bertanggungjawab yang menyeleweng dan tak berada di landasan yang betul.
Ramai sangat yang saya sendiri jumpa, tertipu dengan orang-orang yang tak bertanggungjawab ni.
Memang amat kejam & menganiaya orang lain yang nak berhijrah .

Polisi syarikat kami, memang amat telus dan memang kita tahu, nampak detail hasil income kita dari mana, hasil sebab apa.
Dan saya mewakili syarikat Sahajidah Hai-O Marketing memohon maaf atas kesilapan orang-orang lama yang tidak mematuhi peraturan syarikat sehinggakan menjejaskan nama baik Sahajidah Hai-O Marketing.

Kami berbisnes atas landasan yang betul dan mendapat FULL SUPPORT daripada syarikat dalam mengembalikan nama baik syarikat dengan servis yang betul dan sokongan yang padu pada semua yang ingin berjaya bersama-sama Sahajidah Hai-O Marketing.




Wednesday, April 29, 2015

BEBAS MASA, BISNES SENDIRI - TOP LEADERS CIRCLE

Saya pernah bekerja di beberapa tempat sebelum berkecimpung dalam bisnes bersama Top Leaders Circle (TLC), dan memang azab bila kita bekerja untuk orang lain.


Memang kita akan dapat income tetapi, apa matlamat kita sebenar dalam hidup? 
Matlamat hidup saya adalah untuk mencapai segala yang saya impikan, impian saya. Dan apa yang saya pasti, dengan kerja semasa, saya takkan dapat capai satu pun impian hidup saya.



Setelah itu saya telah dipertemukan dengan bisnes yang terbaik, bersama TLC.
Kebebasan masa amat lah saya impikan kerana dah serik bekerja dengan jadual seawal 5.30a.m - 11.00pm. Penat tu memang penat dan saya memang takkan buat kerja macam tu lagi.


Aktiviti saya memang mengikut jadual sendiri, seperti pada Sabtu lepas, saya berpeluang untuk teman rakan kongsi ke Stokis Selayang untuk buat Tsunami PB. Semua orang kata mustahil untuk keluarkan 10set Premium Beautiful, tetapi protege saya dah buktikan, dah siap ada customer dah pun.


Selesai aktiviti di stokis, kami beransur ke rumah rakan kongsi yang lain di Bukit Antarabangsa, Ampang untuk sesi Personal Touch (PT) atau lebih dikenali sebagai "download ilmu" kerana kami semua memang masih lagi dalam proses belajar.

 
Sesi PT ni memang amat penting untuk kita pastikan apa yang kita tahu, dapat diserap 500% oleh rakan kongsi kita kerana ilmu yang sama akan mereka kongsikan dengan rakan kongsi yang lain.
Sebab itulah bisnes bersama TLC ini memang senang, Copy & Paste saja.

Selesai bersama rakan kongsi di Bukit Antarabangsa, kami beransur pula ke Bandar Sunway untuk berkongsi ilmu bisnes. Kerana apa yang kami dapat ini bukan untuk kegunaan sendiri, tetapi untuk dikongsikan dengan orang ramai. 

Alhamdulillah, selesai kami kongsi bisnes plan, client kami memang berminat dengan cara kami bekerja dan suami beliau pun turut menyokong. Beliau terus mengisi borang keahlian kerana semakin lama berfikir, masa tidak akan pernah menunggu kita.

Walaupun rasa penat, apabila kita fikirkan ini adalah bisnes kita sendiri, semua itu adalah berbaloi kerana kita yang tentukan masa kerja kita, kita yang usaha untuk dapatkan berapa income kita.
Dan income dalam bisnes bersama TLC telah terbukti boleh mencapai RM40,000 sebulan dalam masa 3 tahun.


Kami ada bukti kukuh bahawa mentor kami telah mencapai pendapatan tersebut dan ada yang telah mencapai sehingga 7 angka (RM1,000,000) sebulan. Bayangkan.


Tetapi setiap pencapaian takkan datang bergolek, harus seiring dengan usaha.
Jika inginkan pengalaman hebat berniaga, di sinilah tempatnya,
BERSAMA TOP LEADERS CIRCLE.


Pintu untuk bersama dengan keluarga TLC sentiasa terbuka luas. Segala tindakan, business plan, akan diajar dan di-guide sampai bergelar Premium Beautiful Expert.

Hubungi kami untuk pertanyaan & keterangan

 PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT
+60145002339

TSUNAMI PREMIUM BEAUTIFUL - Myz Izzuqa Premium Beautiful Expert

Pada Sabtu lepas, saya berpeluang untuk teman rakan kongsi kami ke stokis untuk laksanakan Tsunami PB kami bersama-sama mentor, Dyna Salleh yang berusaha turun dari Melaka untuk bagi semangat pada kami.


Tsunami PB adalah bermaksud kami mengeluarkan lebih daripada 10 set Premium Beautiful daripada stokis untuk memenuhi permintaan pelanggan kami yang tak pernah putus untuk mendapatkan Korset Kesihatan yang Pertama di Dunia.


Beliau membuat keputusan untuk mendapatkan 10 set kerana walaupun baru memulakan bisnes bersama TLC, berkat kesungguhan belajar, COPY & PASTE segala ilmu yang diberikan oleh mentor-mentor, telah ramai yang bertanya dan tidak sabar untuk mendapatkan set Premium Beautiful daripada beliau. Untuk berhubung dengan beliau, cuma klik nama beliau, Myz Izzuqa. Permintaan untuk korset ajaib ini memang tidak pernah putus hingga ke luar negara.


Apa yang lebih menggembirakan beliau adalah, suaminya sendiri telah memberi jaminan untuk sokong sepenuhnya dalam perniagaan ini. Ini kerana matlamat bisnes bersama TLC adalah untuk memastikan keluarga Bebas Kewangan, Bebas Masa untuk bersama keluarga. Jadi bila keduanya telah tercapai, suami isteri boleh membesarkan anak tanpa perlu hantar ke nursery dan tak perlu bekerja dengan orang lain lagi.


Adalah menjadi impian seorang ibu untuk membesarkan anak di hadapan matanya sendiri tanpa menghantar ke rumah jagaan kerana risiko terlalu besar.

Peluang perniagaan bersama kami sentiasa terbuka luas untuk individu yang bersemangat untuk mengubah kehidupan secara total. 

9/10 pintu rezeki adalah daripada perniagaan. Jadi kenapa kita berusaha keras untuk mengejar yang 1/10 ???

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan.

PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT
0145002339
Top Agent PB Shah Alam

Tuesday, December 16, 2014

MARINE ESSENCE - SABUN KETIAK

Kali ni saya nak kongsi pasal sabun marine essence pulak. alahhh sabun ketiak tu. tak pernah dengar ke? Ish, tipu lah. Femes kot sabun ni. orang Singapura dan Brunei pun kenal


Dah kenal dah? Bagi yang dah kenal tu, bagus! congrates saya ucapkan. maknanya awak semua sudah memilih produk yang dijamin keberkesanannya. dan bagi yang belum kenal, tak pe. jom kita berkenalan dengan sabun marine essence @ sabun ketiak yang harum ni

Sabun ketiak ni ada tiga bars dalam satu kotak. awak semua boleh pilih nak beli satu kotak ke, nak beli satu bar je pun boleh. 

Sabun ketiak ni memang direka khas untuk memberi kelembapan pada kulit kita. Ia diperkaya dengan antioksida untuk kesihatan kulit yang menyeluruh

Antara kelebihan / kebaikan sabun ketiak ni

- menghilangkan jerawat belakang badan
-menghilangkan bau badan 
- menghilangkan warna ketiak yang kehitaman
-merawat penyakit eczema dan psoriasis (sejenis penyakit kulit)




-memberi kelembapan dan melembutkan kulit
- merawat kulit kering dan bersisik
- menghilangkan daki di badan terutama di bahagian2 yang berlipat
- merawat tumit kaki yang merekah

hmmm mesti tak selesa kan kalau kita ada masalah macam ni. self confidence pun melayang entah kemana. Pendek kata, sabun ketiak ni adalah solusi terbaik untuk sebarang masalah kulit. Haa jangan tak tahu, sabun ketiak ni sangat wangi. 

Reminder: jangan tertidur dalam bilik air pulak. maklumlah ada aromaterapi secara tak langsung

Jadi kalau ada yang nak merasa penangan Sabun Ketiak ni, boleh hubungi saya

PAIDI HASAN
0145002339

Saturday, December 6, 2014

WAIST TRAINING - ZUMBA @ TLC CENTRE

Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya follow partner saya ke TLC Centre di Sri Gombak sebab dia ada join satu aktiviti yang dianjurkan oleh Top Leaders Circle (TLC) iaitu Program Waist Training.
Saya pun tertanya-tanya apa yang disebut waist training ni sebab saya tak pernah pun dengar program semacam ni.

Rupa-rupanya program ni dah tersebar meluas kat laman sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan pelbagai lagi media sosial yang lain, cuma saya saja yang tak tahu sebab tak berkesempatan nak follow.

Saya ingatkan aktiviti ni diadakan untuk semua gender, tetapi sangkaan saya dah meleset.
Aktiviti ini memang STRICTLY FOR LADIES. Patah hati nak berzumba juga dengan diorang ni.
Tetapi, oleh kerana saya ada bawa DSLR, saya diberi kepercayaan untuk snap gambar aktiviti mereka ni.


Wahhh, betapa bersemangatnya mereka untuk berzumba. Memang happening la aktiviti ni.
Saya difahamkan ni merupakan aktiviti sebegini yang pertama dianjurkan oleh TLC. Oleh kerana mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak pengurusan bercadang untuk mengadakan lagi program ini di masa yang akan datang.



Memang happening la program yang dianjurkan oleh TLC ni. Habis gaya tarian yang mereka buat. mana taknya dah dapat instructor berpengalaman.
Walaupun semua memakai WAIST NIPPER sepanjang aktiviti, tetapi tak menghalang untuk mereka enjoy keseluruhan program.


Hal ini adalah kerana waist nipper @ set PREMIUM BEAUTIFUL tidak akan menyeksakan si pemakain, bahkan memberi keselesaan yang maksimum kepada tubuh badan kita. Tambahan lagi dipakai sepanjang melakukan aktiviti senaman sebegini. Jadi memang tak rugi sesiapa yang memiliki set ajaib keluaran Hai-O Marketing ini.

Setakat ini sahaja entry saya hari ini. Jika ada berita terkini untuk aktiviti BERZUMBA BERSAMA TLC lagi, saya akan update.

Wassalam.

Tuesday, December 2, 2014

DISEMBER DAH TIBA

Wahhhh...
Sedar tak sedar kita dah sampai ke hujung tahun dah.
Dah smpai hujung tahun, yang paling best budak-budak sekolah, ibu bapa yang tak bekerja, dan cikgu-cikgu (termasuk juga ke).
Sebab apa saya kata best?
Kan dah cuti sekolah, siapa yang tak suka sekolah cuti??
Semua orang suka.


Tapi kami di Top Leader Circle, bila dah sampai hujung tahun, mesti akan berlumba-lumba untuk punch stock. Bukan apa, untuk mencukupkan Bv masing-masing.
Bila dah cukup Bv, baru lah dapat bonus. Nak-nak lagi yang nak naik % lagi, seterusnya nak naik pangkat. Semua tu penting sebab Januari nanti ada penganugerahan untuk Senior Sales Manager (SSM) dan Pencapai Jualan 100k. Pulangan yang lumayan menanti.
Siapa tak nak kan.





Senyum je semua kawan-kawan di Top Leaders Circle (TLC) pergi punch stock kat stokis/HQ.
Mana tak nya? Bonus bulan 12 confirm dah besar punya.





Saya sendiri pun tak lepas peluang untuk punch juga. sebab saya pun ada target sendiri bersama dengan partner saya. Kami nak kejar leader-leader yang dah terbukti berjaya.
Alhamdulillah semua yang kami punch kat stokis dah banyak orang tempah. Sekejap saja dah licin dah. Tunggu masa nak punch stock lain pula.

Nak tanya tentang produk???
Nak tanya tentang bisnes apa yang saya buat???
Nak tanya income saya sekarang???
Atau nak tanya siapa partner saya??? hehe...yang tu tak boleh.

Boleh hubungi saya bila-bila masa, saya akan bantu orang yang ada keinginan untuk berjaya.

PAIDI HASAN
0145002339
paidihasan@gmail.com

Saturday, November 22, 2014

CAPAI PENDAPATAN 5-6 ANGKA

Memang "tarik rezeki" betul2 la. Makin ramai orang Malaysia ni yang nak tau apa kelebihan PREMIUM BEAUTIFUL, sabar ok, kita set appointment satu2. Kami pun tak sabar nak kongsi dengan anda semua. Pakai saja tak cukup puas hati. Tapi bila dah kongsi dengan orang lain, baru la rasa, kebaikannya memang kita tak jangka. Kami sentiasa melatih setiap ejen untuk menjadi EXPERT, rajin2kan diri untuk mencapai income solid 5-6 angka. Alasan? Tolak tepi itu semua. Orang berjaya sentiasa cari jalan, orang GAGAL sentiasa ada saja ALASAN di bibir.


PAIDI HASAN
0145002339
paidihasan@gmail.com

Friday, November 21, 2014

I SEE SOMETHING IN YOU

Thursday, November 20, 2014

Perkongsian Ilmu bersama CROWN DIAMOND MANAGER

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua? Harap sihat semuanya. Hari ni saya nak cerita pasal semalam, kelas yang dianjurkan oleh stokis B32, perkongsian ilmu bersama mentor-mentor yang dah bergelar CDM.
CDM atau nama penuhnya adalah CROWN DIAMOND MANAGER adalah pangkat tertinggi yang ada untuk ejen-ejen Hai-O Marketing. Semua ejen yang join bisnes ni berlumba untuk capai title CDM ni. 

Bila seorang ejen dah berpangkat CDM, income yang mereka dapat of course la makin lebat. 5-6 angka dah dalam tangan. Tapi untuk dapat income ni mereka tak boleh goyang kaki, still kena buat kerja, bantu anak buah supaya dapat title yang sama. 

Semalam perkongsian ilmu disampaikan oleh CDM SHA KHALID & CDM DR. HUDA.
Untuk pengetahuan, CDM SHA merupakan bekas seorang jurutera, tetapi berhenti kerja untuk buat bisnes ni secara full time. Walaupun masih dalam pantang selepas melahirkan anak, beliau masih tetap menggagahkan diri untuk sampai ke DOLOMITE untuk berkongsi ilmu dengan orang-orang baru.




CDM DR HUDA pula merupakan seorang doktor dalam ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. Cuba bayangkan seorang doktor tentera boleh buat bisnes sehingga dapat bangunkan rangkaian yang besar, walaupun hidup penuh dengan latihan ketenteraan. Nampak tak macam mana perancangan masa beliau untuk mencapai kejayaan. Alasan tidak cukup masa sudah tak relevan untuk kita berjaya.

Kami difahamkan beliau juga datang dari Perak bersama suaminya sejurus selepas habis waktu kerja untuk berkongsi ilmu dengan kami. Betapa kesungguhan beliau untuk membantu usahawan-usahawan baru untuk menempa kejayaan.
Ternyata CDM yang dipilih untuk perkongsian ilmu bukan calang-calang orang. Ilmu yang disampaikan juga bertaraf FIRST CLASS punya!!!


Selagi kita follow cara mentor, leader, CDM kita, kita takkan terpesong dari landasan sebenar. Kejayaan takkan datang tanpa ilmu dari sumber yang betul, usaha yang konsisten, dan ketabahan dalam mencari ilmu.

Dalam bisnes ni, kami tak pernah ditinggalkan berseorangan. Mentor sentiasa ada untuk bantu kita dalam apa jua permasalahan yang kita hadapi. Sentiasa berdamping dengan mereka, kita pasti akan ikut jejak langkah mereka. 
CDM PASTI DALAM GENGGAMAN!!!

Kami mencari business partner bukan sekadar untuk memenuhi keperluan kami, tapi kami mencari seseorang untuk berjaya bersama-sama dengan kami. KITA AIM CDM SAMA-SAMA.

Nak @ tak nak???
Tepuk dada dan hubungi saya.
Saya bantu sehingga anda berjaya.

Paidi Hasan
Top Leaders Circle
0145002339

Wednesday, November 19, 2014

Pendapatan RM3600 Sebulan dikira miskin???



Apa???
Gaji Rm3600 pun dah termasuk dalam golongan yang miskin??
Biar betul ni. Kang saja-saja orang buat onar ni.

Tapi itu lah hakikat sebenar kehidupan kita sekarang.
Setakat pendapatan RM3600 sebulan, sekadar cukup-cukup makan saja kat
Bandaraya Kuala Lumpur ini.
Mana taknya.

Cuba kita hitung perbelanjaan KASAR bulanan kita.

1) Pinjaman kereta   - RM700 (Alza)
2) Pinjaman ASB     - RM350 (ambil paling sikit RM30k x 6 tahun)
3) Pinjaman PTPTN - RM350
3) Sewa rumah         - RM1000
4) Utiliti rumah        - RM300 (paling jimat dah)
5) Belanja dapur       - RM300 (paling busuk cukup penuh 1 peti)
6) Belanja harian      - RM400 (bujang, minyak motor untuk kerja)
7) Orang tua             - RM500
8) Simpanan             - RM??? (baki selepas tolak perbelanjaan bulanan)

TOTAL : RM3900
GAJI     : RM3600  

What???
MANA BALANCE UNTUK SIMPANAN???
SERIUS KE MAIN-MAIN NI???

KALAU ADA EMERGENCY PULA MACAM MANA??

Itu lah masalah yang kita hadapi sekarang. Kalau yang dah sedia ada harta @ saving
dah kaw-kaw punya MUNGKIN tak ada masalah. Tapi pada yang baru nak bertapak,
baru dapat kerja, baru nak mulakan hidup sebagai seorang dewasa.

Memang akan ada masalah.
Tapi tugas kita adalah CARI PENYELESAIAN.
Bukan COMPLAIN KERAJAAN.

Kita cuba cari jalan untuk bebaskan diri kita daripada kemiskina. Semoga kita semua kaya raya, seterusnya dapat membantu UMMAH ke arah kejayaan.

Jangan jadikan diri sebagai HAMBA DUIT.
Jadikan duit sebagai HAMBA KITA.



 

Tuesday, November 18, 2014

Far Infra-Red Rays (F.I.R)

Far Infra-Red Rays



Far Infra-Red Rays (FIR) merupakan kawasan dalam spektrum radiasi elektromagnet. FIR sering ditakrifkan sebagai sebarang radiasi dengan panjang gelombang 15 mikrometer (μm) untuk 1 mm (yang bersamaan dengan jarak sekitar 20 THz kepada 300 GHz), yang meletakkan sinaran infra-red jauh dalam CIE IR-B dan band IR-C . Sumber yang berbeza menggunakan sempadan yang berbeza untuk spektrum far infra-red; sebagai contoh, ahli-ahli astronomi kadang-kadang menentukan jauh inframerah sebagai panjang gelombang antara 25 μm dan 350 μm.

Cahaya yang boleh dilihat termasuk sinaran dengan panjang gelombang antara 400 nm dan 700 nm, yang bermaksud bahawa FIR mempunyai tenaga kurang daripada cahaya yang boleh dilihat.








Perubatan

Beberapa kajian telah mengkaji penggunaan sauna infra-red dalam rawatan masalah kesihatan kronik seperti tekanan darah tinggi, kegagalan jantung kongestif dan artritis reumatoid, dan mendapati beberapa bukti yang bermanfaat. Walau bagaimanapun, kajian yang lebih besar dan lebih khusus diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.

Bukti bahawa terapi sauna infra-red membuktikan bermanfaat untuk kegunaan klinikal terus meningkat setelah penyelidik mengkaji lebih mendalam. Kajian Perubatan Alternatif melaporkan bahawa "terapi sauna adalah satu rawatan yang berkesan dan tidak digunakan sepenuhnya untuk pelbagai masalah kardiovaskular." Penyelidikan seterusnya menyatakan bahawa "seseorang dengan Masalah Kegagalan Jantung kelas II, III atau IV boleh mengalami peningkatan dalam gejala yang berkaitan CHF  daripada hanya 15 minit pada suhu rendah sesi sauna far infrared, sebanyak 3-5 kali seminggu." Kajian juga membuat kesimpulan bahawa terapi sauna boleh meningkatkan tekanan darah pada pesakit.











sumber : Ensiklopedia




Monday, November 17, 2014

Waist Nipper Untuk Buang Lemak


Waist nipper merupakan satu bahagian daripada set 
Premium Beautiful keluaran Hai-O Marketing. 
Biasanya kita dengar korset @ bengkung ni, orang perempuan 
yang pakai, tetapi kali ini lain pula. Produk ini boleh juga 
digunakan pada kaum Adam. 

 
 Fungsinya adalah sama dengan set yang asal cuma lebih menekankan
 pada bahagian perut. Selepas pakai terus akan nampak kesannya.
Minimum pemakaian adalah selama 8 jam sehari.
Tetapi kalau nak pakai 24 jam pun tak ada masalah, malahan lagi 
bagus untuk kesan yang lebih cepat.


Ini merupakan testimoni saya sendiri
selepas mengenakan Waist Nipper. Pada awalnya
agak kekok kerana first time, tetapi selepas 5 minit, badan 
boleh rasa kesannya kerana korset ini melekap pada 
badan si pemakai.

Pada awal selepas mengenakan produk ni, 
badan kita akan rasa gatal-gatal. JANGAN BUKAK!!!
Itu cuma tindak balas badan kita kerana fabrik yang
digunakan berfungsi untuk menyerap segala toksid yang ada.
Set ini juga perlu dibasuh lebih kerap untuk mengelakkan
rasa gatal tersebut berterusan.

Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut berkenaan produk ini @ ingin 
mendapatkan info untuk MENGEMBANGKAN PENDAPATAN
 SEHINGGA 5 ANGKA, boleh hubungi


PREMIUM BEAUTIFUL EXPERT
+60145002339