Nak tentang kerajaan???
Nak mogok???
Kita buat apa pun, kerajaan akan tetap laksanakan apa yang mereka dah bincangkan.
Jadi kita cari jalan alternatif lain, sebab kita ada keluarga yang perlukan kita, ada hutang piutang yang perlu dijelaskan.
paidihasan.blogspot.com
Jangan jadikan produk sebagai alasan, produk hanyalah platform untuk kita kembangkan bisnes, dan gemukkan simpanan. Jika tak ada orang yang nak buat saving banyak-banyak, betapa ruginya hidup, bekerja untuk kesenangan orang yang tak ada kaitan dengan kita.
http://celahgelegar.blogspot.com/2015/03/tergempar-50000-kakitangan-kerajaan.html

Tergempar! 50,000 Kakitangan Kerajaan Bakal Diberhentikan
Keputusan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000
orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi
implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.
Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.
Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan
Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan
keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan
belanjawan kerajaan.
Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.
"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke
keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50
orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak
isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah,
hutang kereta macam mana?
"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di
kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada
MalaysiaGazette baru-baru ini.
Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja
Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah
berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk
cari kerja baru.
Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada
pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor
dalaman.
"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.
Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam
kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak
menganggur adalah orang Melayu.
"Ini
adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial
dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar
beliau.
Update:
Update:
47,728 Pegawai Kontrak Dalam Perkhidmatan Awam
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bilangan pegawai kontrak dalam sektor
perkhidmatan awam adalah sebanyak 47,728 orang setakat 31 Januari 2015.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata jumlah itu meliputi 43,861 pekerja lantikan 'Contract Of Service' (COS) dan 3,867 adalah lantikan 'Contract For Service' (CFS).
"Tidak timbul soal pekerja kontrak tidak terjaga dari segi gaji," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) yang ingin tahu jumlah pekerja berstatus kontrak dalam sektor awam pada masa ini.
Shahidan berkata, ini kerana bagi pegawai COS, mereka dilantik bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred gaji yang berkuat kuasa sama seperti pegawai lantikan tetap.
Tambahnya, dalam tempoh kontrak, pegawai akan melaksanakan tugas berdasarkan skop tugas yang ditetapkan bagi jawatan yang dilantik dan dibayar gaji beserta imbuhan tetap sebagaimana yang diterima oleh pegawai tetap.
Bagi lantikan CFS pula, pembayaran perkhidmatan pegawai serta fungsi tugas ditetapkan berdasarkan kepada perjanjian perkhidmatan dengan majikan yang dipersetujui oleh pegawai kontrak berkenaan.
Jelas Shahidan, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan penjawat awam termasuk pegawai kontrak dan tidak berbangkit isu kebajikan terabai kerana mereka juga menerima pemberian bonus seperti yang dinikmati pegawai tetap.
Dalam sektor perkhidmatan awam, COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji yang ditetapkan manakala CFS pula tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan yang ditetapkan.

Bertindaklah sekarang!!!
Jika anda tak mahu berubah, bersedialah untuk bertabah!!!
Peluang Ubah Taraf Kehidupan
PAIDI HASAN
+60145002339
No comments:
Post a Comment