Wednesday, October 21, 2015

JALAN-JALAN KE PEKAN MUNDOK, THAILAND


Selamat petang semua. 
Sebenarnya post ni sepatutnya saya dah siapkan sebelum ni lagi tapi disebabkan oleh banyak hal yang berlaku, sekarang baru saya berpeluang untuk berkongsi dengan semua.
Siapa kat sini tak pernah dengar pun berkenaan PEKAN MUNDOK & PEKAN GOLOK???



Ok la saya cerita sikit sebanyak.
Kedua-dua pekan ni terletak di sempadan Malaysia-Thailand, dipisahkan dengan Sungai Golok. 

Sebelum ni, dah lama saya tak masuk ke Pekan Mundok, Thailand sebab takut sangat dengan kejadian bom yang boleh dikatakan selalu sangat terjadi kat sana. Siapa yang tak takut kan bila nak masuk kawasan yang bahaya macam tu.
Naik cuak juga la saya.



Pekan Mundok ni kira-kira 16km daripada bandar Pasir Mas, Kelantan. Boleh pergi sendiri @ naik bas henti-henti dengan tambang RM2.50. Turun di Kampung Bukit Lata, dan terus boleh nampak tebing sungai yang memisahkan Malaysia-Thailand.


Saya, isteri (masa tu kami tak kahwin lagi), adik & kakak saya masuk ke Thailand hanya menggunakan bot penumpang yang memang dah disediakan di sepanjang Sungai Golok.
Kiranya kami masuk secara haram sebab tak ada pasport pun. Bila dah naik bot, memang doanya panjang la sebab takut. Semoga kami selamat selama berada kat sana.


First bila dah jejakkan kaki kat tebing sungai, memang dah siap sediakan tangga batu konkrit sebab dah jadi laluan harian penduduk di kawasan sekitar untuk berulang-alik Malaysia-Thailand-Malaysia.
Tapi tak perlu risau la sebab memang ada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sentiasa berkawal di sepanjang sempadan ni untuk mengawasi keadaan & mengelakkan barang terlarang dibawa masuk ke Malaysia. Lebih-lebih lagi senjata api. 
Minta dijauhkan daripada perkara yang tak baik.
Betul tak?


Perhentian pertama kami, of course la tempat makan kan.
Lagipun memang perut dah lapar masa tu, dalam jam 4.00petang. Tapi masa di Thailand lewat 1 jam, jadi masa setempat adalah 3.00petang.
Well kita semua pun dah sentiasa tahu macam mana makanan kat Thailand kan. Memang AWESOME sangat-sangat. 
Syurga makanan kan.


Tak perlu risau sebab banyak tempat makan halal di kawasan Pekan Mundok & Golok ni. Memang kawasan ni tempat kediaman penduduk Islam. Jadi makanan pun banyak yang halal. 
Kalau nak selamat memang kena bawa orang yang dah biasa la, baru rasa confident nak makan. :D




Pilihan kami, kalau kat Malaysia, kita panggil SATE, CAMBO, tapi kami lebih kenal benda ni sebagai "LOKCING".
Memang pelik pun nama tu. Kitorang pun tak tahu macam mana nama tu boleh wujud, jadi kami pun guna nama tu juga la.


Lokcing pula memang banyak jenis, ada yang bebola daging, bebola ketam, ikan biasa, bebola ikan, keropok, dan macam-macam lagi la...
Tak sempat nak interview akak yang jual tu sebab dah lapar sangat. Jadi kami ambil, bagi dia tolong bakarkan saja. Kami cuma tunggu siap je.
Dalam menunggu, ada lagi penjual yang datang berjalan kaki offer telur burung puyuh. Memang kami bedal la sebab memang favourite pun.  


Bila dah siap bakar, terus mak cik yang tolong bakar hantar ke meja.
Makan tu, memang sedap giler-giler la. 
Dengan cara bakar yang special,
Dengan kuah pencicah yang sedap. Tak terlalu pedas, tak terlalu manis. Cukup semua rasa. Kalau dapat resepi pencicah ni, memang hari-hari kitorang makan lokcing kat rumah nanti.


 Yang ni pula memang takkan lupa kalau datang sini, sebab memang awesome sangat kesedapannya...
Namanya KERABU KAKI AYAM.
Kaki ayam??? Ewwww...
Cuba rasa dulu, don't judge the food by its name.
Confirm mintak bungkus wa cakap lu...



Nah tengok lah macam mana kami makan. Sampai licin kot pinggan. Kalau boleh tapau, memang kami tapau kuah pencicah tu. Sedap sangat-sangat sampai menjilat sudu garpu tau.


Dah siap makan, kitorang tak melepaskan peluang untuk cuci mata kat pasar Pekan Mundok yang memang syurga untuk beli belah sebab banyak pilihan dan harganya memang jauh lebih murah.
Kalau nak tahu, tauke dress, yang kat bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, kebanyakannya ambil stock kat Pekan Golok & Mundok ni.



Tengok lah macam-macam dress yang ada kat sini, sampai rambang mata semuanya. Ikutkan hati, dengan kedai-kedai sekali kitorang bawa balik ke Malaysia sebab tak tahu nak pilih dah.



Part harga memang tak perlu tanya dah sebab memang confirm murah dan siap boleh tawar menawar lagi dengan tauke kedai.



Wife saya pun sempat juga grab beberapa pasang dress dan beberapa aksesori lain. 
Jangan risau sebab barang pakaian ni boleh dibawa masuk ke Malaysia. Hanya barang yang terlarang seperti mercun, beras, senjata api tak dibenarkan bawa menyeberangi sungai.


Alhamdulillah kami selamat pulang ke tanah air-Malaysia selepas travel ke OVERSEA-Thailand selama beberapa jam.
Jadi pada yang nak merasa juga, boleh usha kawasan ni. 
Tapi dinasihatkan pergi ke sana dengan bertemankan orang tempatan kerana lebih mudah berurusan keluar masuk.





Dah berair mata tengok makanan & dress lawa-lawa kan?
Saya yang tulis post ni pun berapa ratus kali telan air liur sebab terasa kuah pencicah di lidah ni.
Setakat ni saja. Nanti saya update lagi tempat menarik untuk tatapan & guide kepada semua.




No comments:

Post a Comment