TOP LEADERS CIRCLE

MELASTIK KE LANGIT PART 2


Hari ni ada kelas di TLC Centre untuk sambungan minggu-minggu lepas untuk Task Melastik Ke Langit. Dan macam biasa saya pergi ke kelas tersebut bersama-sama partner saya sebab kami memang tekad tak nak lagi tertinggal kelas. Lagipun tajuk ni memang tajuk penting jika seorang itu betul-betul komited untuk berjaya.



Pengisian kelas daripada jam 9 malam seakan tidak cukup kerana ilmu yang dikongsikan oleh mentor-mentor teramat lah berguna, tambahan lagi bagi usahawan baru sperti saya ni. Bila dah hadir kelas ni barulah saya mula faham dan tahu teknik-teknik yang betul untuk menjadi usahawan berjaya.

"Tidak ada kejayaan yang akan datang tanpa ada usaha daripada diri kita sendiri"

Ungkapan ini yang selalu saya terapkan dalam diri saya, untuk memotivasikan diri yang sentiasa lupa akan matlamat sebenar menceburi bidang ini. Dan alhamdulillah hadirnya Mentor-mentor yang berpengalaman banyak memberi saya semangat untuk terus maju ke hadapan.



***********************************************************************************

PERSONAL TOUCH WITH CDM SALLEHA ROSLAN


Setiap hari Jumaat, adalah wajib bagi saya dan partner saya reserve untuk menghadiri kelas bersama mentor di TLC Centre bertempat di Sri Petaling, Gombak.


Tetapi memandangkan sebelah petang saya tak ada sebarang aktiviti, saya dan partner telah booking mentor saya CDM SALLEHA ROSLAN untuk dapatkan tips usahawan daripada beliau. CDM Salleha aka Kak Sal, adalah seorang leader yang terbaik pernah saya jumpa. Tanpa banyak soal, Kak Sal terus setuju untuk PT dengan kami.


Pelbagai tips yang Kak Sal beri pada kami sepetang bersama di Old Town White Coffee Sri Gombak tersebut. Daripada tips untuk sharing, closing, sampaikan tips ber-blogging pun kak Sal share dengan kami. Pendek kata, semua ilmu yang beliau ada, tiada satu pun yang tidak dicurahkan kepada kami.

Begitulah betapa beruntungnya kami terjebak dengan Top Leader Circle yang sentiasa mengamalkan konsep bisnes bermentor. Syukur, Alhamdulillah, kami boleh diberi tunjuk ajar sepenuhnya daripada mereka.


***********************************************************************************

CDM AL-FAATH AL-AYUBI

Mulakan Tanpa NANTI
Lakukan Tanpa HENTI
Buat Sampai JADI
Confirm PUAS HATI

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN!!!



****************************************************** 

KICK START 2015

Jumaat yang lepas adalah pembuka tirai bagi kelas mingguan TLC bagi tahun 2015. Memang rindu sangat-sangat nak datang kelas TLC ni. Setiap minggu memang dinanti-nantikan. Geng-geng TLC baru je balik dari free trip Europe. So, memang bahang Europe tu still terasa. Dapat dengar perkongsian dari mentor-mentor hebat memang buatkan saya rasa beruntung sangat join TLC

CDM SALLEHA ROSLAN GOJES AS ALWAYS


SEMUA BEREBUT BERGAMBAR BERSAMA MENTOR - SALHA ZAIN
Kelas kali ni dapat face to face dengan mentor CDM Salha Zain, setelah sekian lama beliau berpantang anak ketiga. Memang gojes sangat-sangat Kak Salha malam tu. Mentor adalah gambaran masa depan kita, so just believe it. Memang sesiapa pun boleh jadi macam Kak Salha. Just need to work hard to achieve it! 



DENGAR AMANAT DARIPADA MENTOR KAK ANA

QUALIFIER ASIA TRIP -BANGKOK

Selepas dah kena KICK-START daripada mentor-mentor, semangat kami terus sampai
 ke puncak, untuk grab TRIP ASIA. Kemana kah kita??? BANGKOK!!!


Minat untuk berbisnes tapi tak tahu nak bermula macam mana???
Hubungi

 PAIDI HASAN
0145002339

*********************************************************************************

ZUMBA WAIST TRAINING WITH TLC

Rasanya dah lama tak jenguk dekat blog ni sebab terdapat kekangan yang menghalang saya menyentuh PC kesayangan ni. He he he... Meroyan apa lah pula si Paidi ni kan.
Anyway, tahun 2015 ni Paidi rasa masa berlalu agak pantas kerana tanpa kita sedar dah penghujung Januari 2015 dah. Tetapi walaupun masa bergerak pantas, aktiviti di TLC masih berjalan seperti biasa.
Aktiviti yang Paidi nak highlight-kan di sini adalah ZUMBA WAIST TRAINING yang diadakan pada 29 Januari 2015 di TLC Centre, Prima Sri Gombak. Walaupun semua masih lagi terasa bahang TRIP AUSTRIA - HUNGARY, tapi still acara ini diteruskan juga.

Aktiviti Zumba ni amat lah baik untuk kesihatan kita, kerana instructor akan beri arahan yang akan menggerakkan seluruh badan kita tanpa ada rasa stress pun. Tambahan pula bagi kita yang bekerja di pejabat. Ternak lemak jer. Tapi yang buatkan Paidi rasa sedih, zumba ni just strictly for ladies.
Kami orang lelaki pun nak merasa juga la macam mana badan selepas berzumba kan??? InshALLAH akan datang khas untuk lelaki pula. WHO KNOWS kan???
 Ini merupakan sebahagian wajah-wajah ceria selepas berzumba. And one more thing, peserta semua dikehendaki memakai waist nipper sepanjang latihan ini, sebab itulah program ini dikenali sebagai ZUMBA WAIST TRAINING.

Waist nipper ini boleh didapati dengan berhubung dengan Premium Beautiful Expert 

PAIDI HASAN

+60145002339

********************************************************


RM100K ACHIEVER & SENIOR SALES MANAGER

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum

Sebagaimana semua dah tahu, semalam, Jumaat merupakan hari wajib saya ke kelas bersama TOP LEADERS CIRCLE, untuk top ip ilmu, energy, aura bersama-sama rakan kongsi di TLC Centre, Prima Sri Gombak.


Tetapi apa yang membuatkan kelas semalam special adalah, kerana selepas kelas, ada satu slot, sesi bagi meraikan rakan kongsi kami yang telah mencapai RM100k sales dalam sebulan & Telah mencapai RM60k sales, untuk anugerah Senior Sales Manager (SSM).



 


 PENERIMA SSM AWARD by TLC


PENERIMA ANUGERAH RM100K ACHIEVER

 Amat-amat bertuah hadir pada kelas semalam sebab mentor-mentor yang download ilmu semuanya yang berpengalaman dalam bisnes ni.

DDM KAK LYNN
CDM SALHA ZAIN
 CDM HJ. AZLAN DERAMAN
 
  FORMULA JUTAWAN = ILMU + BERTINDAK + RUJUK

Tips yang seringkali di ulang, ulang ,ulang oleh leader kami, yang dah terbukti menjadi, daripada CDM Multi-Millionaire, Hj Azlan Deraman. Jika nak jadi jutawan, FOLLOW setiap step yang beliau buat. Sebab tu adalah rumuan asas untuk capai title MILLIONAIRE.

Gabungan antara CDM HJ Azlan Deraman dengan CDM Salha Zain ternyata telah membawa fenomena baru dalam dunia perniagaan bagi generasi muda sekarang kerana telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya dalam masa yang singkat. 

 
 Sangat-sangat bertuah kerana dipertemukan dengan bisnes dan mentor yang teramat humble ni. InshALLAH segala amanat akan diikut, dipraktikkan lagi.



Jumpa kami di 
ANUGERAH SM/SSM & CAR FUND  
21 MARCH 2015
WISMA MCA, JALAN AMPANG

WE LOVE TLC
#PREMIUMBEAUTIFULEXPERT
#TSUNAMIPB
#TLCKELANTAN
#TOPLEADERSCIRCLE



***********************************************************************************

ANUGERAH SM/SSM 2015 @ WISMA MCA


Assalamulaikum w.b.t

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua yang sudi singgah ke kedai saya yang tak seberapa ni.

Hari ini ada kesempatan untuk saya update blog, saya nak cerita tentang Majlis Anugerah SM/SSM yang telah diadakan pada 21 Mac 2015 bertempat di Wisma MCA, Jalan Ampang.


MENTOR TOP LEADERS CIRCLE (TLC) MENUJU KE PENTAS
* CDM SALHA ZAIN
*CDM AL-FAATH AL-AYUBI
TEAM TLC SELURUH MALAYSIA


Kami penerima Anugerah Sales Manager (RM20,000 sales)


Walaupun saya cuma menerima Anugerah Sales Manager, iaitu pangkat yang pertama dalam bisnes Sahajidah Hai-O Markerting ini, tapi perasaan itu langsung tak dapat saya nak gambarkan. 
Rasa bangga sangat-sangat kerana walaupun mencapai satu tahap, tetapi syarikat tetap adakan majlis yang begitu besar buat kami semua.

Mentor yang selalu memberi dorongan dan semangat bagi mencapai matlamat utama semua anak didik TLC, 
CDM AL-FAATH AL AYUBI bagi melahirkan 
USAHAWAN, JUTAWAN YANG BERJAYA MELAHIRKAN LEBIH RAMAI USAHAWAN YANG BERJAYA.
  
Bersama Mentor CDM SALLEHA ROSLAN, yang sentiasa dekat dengan kamiuntuk mengasah segala bakat yang kami
ada untuk kami menggenggam kejayaan yang sama seperti beliau, 
CROWN DIAMOND MANAGER 
dalam masa 2 Tahun sahaja.
 
Dia lah ibu, mentor, yang teramat cakna dalam
membangkitkan semangat kami untuk terus dalam bisnes ini walau apa pun halangan yang kami terpaksa tempuhi kerana tanpa ada halangan, kejayaan akan hilang kemanisannya.

Inilah dia Mentor DSM DYNA SALLEH yang amat sempoi tetapi tegas apabila bekerja.
 




Mentor pencetus kumpulan bisnes yang terhebat, TOP LEADERS CIRCLE, 
CDM KAMIKAZE MALAYSIA - CDM SALHA ZAIN
Beliau juga telah dinobatkan sebagai 
SOHONITA ICON MALAYSIA 
kerana telah berjaya melahirkan ramai uasahawan muda yang berjaya melaluiTOP LEADERS CIRCLE (TLC)

Tidak lupa juga kepada orang yang bertanggungjawab membawa saya ke dalam dunia perniagaan ini yang saya kira amat tepat untuk membina empayar perniagaan dalam merealisasikan matlamat hidup yang sebenar.
SSM SUHAIDA CHE YAHYA, rakan, sahabat, pasangan yang sering membimbing, menyokong saya dalam semua perkara.




Produk yang telah menjadi platform untuk kami bermula sebagai usahawan, set korset yang sudah tidak asing lagi di Malaysia, Brunei dan Singapura, iaitu 



















Semoga anugerah ini menjadi titik permulaan untuk saya bekerja lebih kuat bagi mencapai impian hidup yang telah lama terbuku di hati. Saya yakin bisnes ini boleh membawa seorang yang tiada apa-apa kepada seorang yang berjaya. Hanya dengan usaha dan hati yang cekal, kejayaan pasti milik kita.

Tahniah saya ucapkan kepada semua rakan seperjuangan yang telah menerima anugerah bersama-sama saya dan saya berharap kita semua sama-sama berusaha lebih gigih kerana kejayaan sentiasa ada di hadapan, tindakan kita yang menentukan sama ada kita boleh sampai ke destinasi atau tidak.

Jom kita jumpa lagi di majlis yang lebih berprestij daripada Sahajidah Hai-O Markerting, Diamond Night pada 18 April 2015, di Setia City Mall.

Wassalam...

********************************************************

PT BERSAMA CDM SALLEHA ROSLAN

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam saya berkesempatan untuk dapatkan appointment bersama mentor saya, CDM Salleha Roslan untuk berbincang tentang perjalanan bisnes saya dan rakan kongsi @ pasangan, Cik Yaya.

Tetapi nak dijadikan cerita, semasa dalam perjalanan, dah la hujan lebat, tayar kereta pula pancit selepas terlanggar lubang. Memang dugaan betul la bila kita ada keinginan untuk mengubah taraf kehidupan kepada yang lebih baik ni. Nasib lah diri sendiri pernah tengok macam mana orang lain tukar tayar. Tak sampai 10 minit, dah dapat tukar tayar spare yang "cute" tu.

Bila dah sampai di lokasi, dalam keadaan berpeluh, memang cuak la sebab mentor dah menunggu kami. Sepatutnya kami yang tunggu mentor. Tetapi Kak Sal memang faham dengan keadaan kitorang.


PT kali ini memang fokus tajuk untuk bagaimana nak mengasah pengetahuan dan skill dalam selling yang berkesan, dan juga bagaimana cara untuk mengembangkan income serta pangkat dalam bisnes bersama Top Leaders Circle.


Selepas 2 jam, yang berlalu sangat pantas (seperti 30minit), semua yang penting dapat kami cover dan semangat dapat di-top-up kembali untuk kami aplikasikan. Ilmu tanpa praktikal, memang tak akan ke mana-mana.


Begini lah beruntungnya saya dan rakan kongsi yang lain apabila dah terjebak dengan bisnes bersama TLC, semua modul untuk berniaga sudah disediakan, kita cuma FOLLOW STEP MENTOR yang telah terbukti berjaya. Jika kita rasa tak bersemangat, mentor akan beri semangat untuk kita teruskan bersama bisnes ni kerana TIADA BUSINESS PLAN TERBAIK SELAIN DARI TLC.



Terima kasih Kak Sal kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk buat ulangkaji semula untuk mengembangkan lagi bisnes kami ini. InshALLAH kami akan lakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat bisnes bersama TLC.

Wassalam


Berminat untuk tahu lebih lanjut???
Hubungi / WhatsApp
PAIDI HASAN
+60145002339

********************************************************


1 comment:

  1. Hari ni, kelas PERCUMA di Top Leaders Circle,
    Dialu-alukan pada yang nak belajar bisnes dengan TLC,
    boleh direct hubungi 0145002339

    ReplyDelete