Tuesday, December 15, 2015
MODAL DUIT @ MODAL INSAN - MANA LEBIH PENTING??
Sebelum ni saya pernah juga terbaca satu kata-kata hikmat yang memang ternyata ada betulnya,
"Nak tahu yang mana satu sahabat sejati, mulakan perniagaan sendiri & tanya pendapat serta ajak mereka berniaga sekali",
Kenapa saya cakap pasal benda ni malam ni?
Sebab nya, sepanjang saya bisnes bersama TLC ni, macam-macam orang yang saya jumpa, dan dapat juga saya kenali mana sahabat yang sebetulnya sahabat.
Ada juga pengalaman saya dibidas hangat di atas dahi oleh kenalan yang disangkakan sahabat sehidup semati, di hadapan isteri sendiri sampaikan isteri saya bercucuran air mata sebab terlalu kasihan pada saya yang kena sebegitu rupa.
Tapi bagi saya, semua itu perkara biasa dan saya dah biasa dengan pengalaman yang sebegini.
Bahkan pengalaman yang pahit yang lebih mengajar kita erti sebuah kehidupan.
Lagi pahit sebuah pengalaman, lagi kita hargai apa yang kita ada.
Tambahan pula dari semasa ke semasa, memang ternyata sahabat yang sebetulnya akan sentiasa sokong apa yang saya buat, maksud saya, bisnes ini. Dan ada juga yang cakap-cakap belakang tentang apa yang saya buat ni.
Sebab itu lah pentingnya ada mentor & kumpulan yang terbaik untuk kita buat apa-apa bisnes pun sebab keduanya memainkan peranan penting untuk sentiasa kita top-up semangat kita supaya tak terbawa-bawa dengan sikap orang sekeliling yang negatif.
Sesungguhnya kita tak mampu nak ubah pemikiran orang sekeliling kita supaya sukakan kita, tapi kita boleh setting pemikiran kita untuk sentiasa positif yang akan membawa kepada peningkatan dalam bisnes kita.
Modal memang penting dalam bisnes,
TAPI apa yang paling PENTING, adalah SEMANGAT JUANG UNTUK TERUS MAJU KE HADAPAN.
Tanpa ada semangat yang cekal, amat mudah untuk kita rasa down bila hadapi sedikit kesukaran.
Semangat juga lah yang akan memotivasikan diri kita dari semasa ke semasa supaya lebih nampak apa matlamat & tujuan kita yang sebenarnya.
Jadi nasihat saya, kuatkan SEMANGAT & sentiasa berada di kalangan individu yang POSITIF supaya kita pun dapat sekali cas-cas POSITIF daripada mereka.
Semakin banyak cas POSITIF yang kita dapat, semakin sukar cas-cas NEGATIF untuk beri effect pada kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment