Monday, January 4, 2016

DOAKAN UNTUK AHMAD ZAKIR WAFIUDDIN



Assalamualaikum

Doakan semoga Ahmad Zakir Wafiuddin bin Mohammad Yazmin cepat sembuh. Anak kepada sahabat kita saudara Yazmin telah dimasukkan ke hospital Kota Bharu dan disahkan mengalami Critikal Pulmonary Stenosis (saluran injap jantung ke paru-paru sempit).

Saya menyeru dan merayu kepada semua para sahabat mendoakan buat anak sahabat kita ini supaya kembali sembuh. Tidak dapat dibayangkan kesedihan si ibu yang baru sahaja habis berpantang. Semoga Noramizah Mohamad sabar dan tabah menghadapi ujian ini. 

Sahabat kita Yazmin berniaga kedai air buah di Panji dan aktivitinya sedikit terjejas selepas anaknya dimasukkan ke hospital. Masanya kini banyak berulang alik dari Pasir Mas ke dihospital Kota Bharu menjaga anaknya. Pada masa yang sama Yazmi diperlukan untuk berada disamping isteri yang masih dalam keadaan bersedih.

Saya menyeru kepada para sahabat untuk bersama-sama mengambil bahagiah untuk meringankan sedikit ujian sahabat kita ini. Hari ini sahabat kita sedang diuji dan esok lusa kita tidak tahu akan nasib yang bakal menimpa kita. Bersamalah kita membantu tanda kita bersaudara.

Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyalurkan sumbangan, bolehlah disalurkan terus ke;

Akaun Maybank
Angkatan Prihatin Kelantan
5531 3100 8438


Sumbangan boleh disalurkan kepada Angkatan Prihatin Kelantan dan dimaklumkan kepada bendahari Ahmad Syafwan (0139834220) melalui whatapps tagline ‪#‎doauntukwafi‬ untuk tujuan rekod kami. 

Teruskan berdoa buat Wafi dan kami dari jauh sentiasa mendoakan untuk anda sekeluarga. 

Jeming Hassan
2 Januari 2016

No comments:

Post a Comment