Biasa
kan dengar "Ala.............Kawan saya buat, kakak saya buat, makcik
saya buat, jiran saya buat, aweks saya buat, isteri saya buat…kawan ofis
saya buat…dan macam-macam lagi
Sebenarnya
diri sendiri yg menentukan. Samada nak tergolong didalam kumpulan
diatas atau berada di lingkungan orang yang telah pun berjaya?
HINDARI SUASANA KECEWA!
Suasana
kecewa dicipta oleh orang-orang yang kecewa. Orang kecewa akan
berkumpul dan akan mewujudkan satu suasana kecewa. Mereka akan bercerita
mengenai segala kekecewaan yang telah mereka alami. Jika berada di
dalam lingkungan orang-orang yang seperti ni, kita juga akan menjadi
salah seorang dari orang yang kecewa.
Orang
yang kecewa akan melihat segala peluang sebagai sesuatu yang tak ada
makna. Tiada rangsangan dalam diri mereka untuk meneruskan usaha untuk
mencapai kejayaan. Bagi mereka "Kejayaan adalah cerita dongeng yang
membahayakan. Sedap untuk didengar tapi tak mungkin boleh diharapkan,”
Dah
pasti kita pernah merasai atau menghadapi kegagalan. Malah ramai
daripada mereka yang telah mencipta kejayaan demi kejayaan juga pernah
menghadapi kegagalan. Namun begitu, kegagalan bukanlah sesuatu yang
harus membuatkan anda merasa malu, lebih-lebih lagi kecewa.
Orang
yang kecewa ialah orang yang banyak mengeluh daripada berusaha. Mereka
Gemar menceritakan kegagalan daripada berusaha untuk menebus kegagalan.
Cerita-cerita kekecewaan akan terus mewujudkan kekecewaan yang baru
pula.
Oleh
itu, asing kan je diri dari suasana kekecewaan. Orang yang kecewa ialah
orang yang tak mahu melihat kejayaan dan tak percaya kejayaan tu boleh
dikecapi.
Kita
bukan orang kecewa, kita mahu berjaya!!! Kita yakin orang yang hidup
pasti akan menghadapi mati tetapi orang yang kecewa sudah mati
berkali-kali...
Buka
luas daya pemikiran... Sentiasa cari jalan dan usaha yang terbaik agar
kita mempunyai peluang yang terbaik untuk mencipta kejayaan.
No comments:
Post a Comment