Friday, May 8, 2015

ADIL DALAM PERKAHWINAN - PERTIMBANGKAN KEMAHUAN ISTERI

Untung seorang lelaki bila dapat kuasa veto once dah akad nikah..sampaikan segala kemahuan, keinginan, IMPIAN isteri...dibuang ke dalam tong sampah...

Be fair to your wife. Dalam lafaz taklik dah sebut,
Wajib bagi peluang untuk isteri belajar jika mereka ada keinginan untuk belajar, jangan halang, kelak akan menjawab di akhirat.


Kenapa saya utarakan perkara ni? 
Sebab ramai yang berminat nak buat bisnes, sebab dah nampak peluang besar untuk ubah kehidupan keluarga, untuk bantu suami, untuk penuhi permintaan anak-anak

TETAPI!!!!

Suami menentang!!!!
Suami tak izinkan isteri buat bisnes!!!!
Suami berlagak dia ada hak untuk halang niat isteri!!!
Suami cakap kewangan tak stabil untuk buat bisnes!!!
Suami rasa dia dah mampu, tak perlu buat bisnes!!!!
.....
dan bermacam-macam lagi yang saya dapat.

KEPADA SUAMI SEKALIAN,

Kalau dah rasa mampu, tak perlu la minta isteri anda tu kerja. Baik suruh diorang duduk rumah, jaga anak, urus hal rumah tangga saja. Tak perlu nak susah-susah keluar pagi, balik malam, then balik rumah nak melayan korang lagi.
Nak urus anak-anak lagi.
Then anak pun perlu letak di nursery. 
Suka kan kalau nanti anak dah besar, diorang pulak letak korang dengan isteri kat RUMAH ORANG-ORANG TUA?

Kalau lah nak tunggu kewangan stabil baru nak mula berbisnes, memang takkan stabil sampai la ke liang lahad kerana kos untuk hidup buat masa sekarang ni pun dah melebihi pendapatan. Sebab tu perlunya side income yang ISTERI-ISTERI NAK BUAT SANGAT NI!!!
Mereka bukan buat untuk diorang saja, tetapi untuk bantu suami sekali dari segi kewangan. Bebanan hutang yang semakin bertambah, takkan nak wasiatkan kepada anak cucu???

Semasa nak akad nikah, Tok Imam dah bacakan tanggungjawab, hak seorang isteri terhadap seorang suami. 
Suami tak boleh halang kemahuan isteri selagi tidak melanggar hukum syarak, bila masa isteri nak belajar, suami WAJIB bagi keizinan untuk isteri belajar.

Bila kita nak tukar sport rims baru, nak tukar kereta, nak beli barangan individu kita, ada isteri kita halang???
Jadi kenapa kita nak halang apa yang isteri kita nak buat?
Jangan pentingkan diri sendiri sebab apa yang mereka nak buat tu akan beri manfaat kepada kita juga.

PLEASE, BE FAIR TO YOU WIFE!!!


 

No comments:

Post a Comment