Sunday, September 6, 2015

Diskusi Bersama Mentor Selebriti - CDM Salleh Roslan






Ramai usahawan yang berjaya menegaskan bahawa, untuk berjaya dalam sesuatu bidang, tidak kira bidang kejuruteraan, bidang saintis, dan bidang perniagaan, WAJIB perlu ada MENTOR.
Mentor dalam rujukan saya merupakan seorang yang berupaya membimbing dan menunjukkan jalan yang terbaik untuk kita mencapai kejayaan di salam sesuatu bidang yang kita akan @ telah ceburi.
 
Jika silap kita pilih mentor, perjalanan kita menuju kejayaan juga ikut tersilap sama.
Jadi pemilihan mentor amat-amat penting kerana mentor merupakan penentu arah masa depan kita.
Tapi kita perlu ingat. Mentor hanyalah individu yang boleh bimbing kita untuk kita capai sebarang kejayaan. Tapi tanpa usaha daripada diri kita sendiri, kejayaan tersebut adalah mustahil untuk dicapai.



Pada 19 Ogos 2015 yang lepas, saya berpeluang untuk menjalani sesi diskusi bersama Mentor Selebriti saya, CDM Salleha Roslan.
Kenapa saya gelarkan mentor saya sebagai Mentor Selebriti???
Kerana setiap gerak geri beliau, semua orang akan follow up, akan tertanya-tanya apa program beliau hari ni, apa outfit yang beliau pakai, bagaimana kehidupan beliau. Pendek kata gerak geri beliau menjadi perhatian ramai orang. Ibarat setiap hari dikejar paparazi.

Betapa bangganya saya mempunyai seorang mentor seperti beliau. Semangat beliau yang sering diterapkan pada kami semua membuatkan kami tak sempat berputus asa dalam perjalanan bisnes kami. Kata belaiu, "Setiap masalah ada penyelesaiannya. Sentiasa rujuk mentor untuk dapatkan jawapan yang terbaik".
Di sinilah aura seorang mentor amat-amat terserlah.
Dan kami bersyukur dikurniakan mentor seprti belaiu.



Perbincangan kami pada kali ini berkisar pada Pakej Percutian Percuma ke Osaka, Jepun bersama Sahajidah Hai-O Markerting yang telah bermula pada Ogos 2015 yang lepas.
Bagaimana beliau menerangkan perjalanan bisnes kami, adalah berdasarkan daripada pengalaman beliau sendiri dalam mendaki menuju ke puncak, berguru direct dengan Mentor Sohonita Ikon Malaysia, CDM Salha Zain.
In Shaa Allah segala amanat yang beliau sampaikan akan dilaksanakan secepat mungkin kerana masa tak pernah menunggu kami.

Apa yang paling best bisnes bersama Top Leaders Circle (TLC) ini, walaupun kita fokus pada satu perkara iaitu TRIP, tapi kita akan dapat side dish yang lain seperti income besar, perkembangan kumpulan bisnes, peningkatan volume jualan terkumpul, dan pelbagai lagi kelebihan yang syarikat akan beri pada kita.

Kill Many Bird With One Stone.
Itu yang selalu Top Multi-Millionaire Mentor kami, CDM Haji Azlan Deraman selalu sebut di dalam kelas ilmu kami.
Buat kerja secara bijak, jangan kita penat tanpa ada hasil apa-apa. Merugikan kita nanti.


Sebab itu lah saya berterima kasih kepada Syarikat yang memberikan platform untuk kami berniaga dan menempa kejayaan,
Saya berterima kasih kepada Top Mentor kami, CDM Haji Azlan Deraman yang berusaha mengembangkan kumpulan yang terbaik dan memberikan ilmu yang terbaik kepada kami,
Saya amat berterima kasih kepada Mentor Sohonita Ikon Malaysia, yang juga pengasas kumpulan Top Leaders Circle (TLC), CDM Salha Zain yang banyak memberi ilmu dan membakar semangat juang kami untuk terus berjaya,
Saya berterima kasih kepada Direct CDM saya, CDM Salleha Roslan yang sentiasa tak putus memberi kata-kata azimat kepada saya dalam mencanai, mendidik saya untuk menjadi usahawan yang berjaya.
dan juga saya berterima kasih kepada mentor-mentor & rakan kongsi yang sama-sama memberi semangat dalam berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik. Sama-sama kita usahakan.

Mulakan Tanpa Nanti
Lakukan Tanpa Henti
Buat Sampai Jadi
Confirm Puas Hati.


No comments:

Post a Comment