Monday, November 17, 2014

Banjir Di Pohon Tanjong Pasir Mas


November kembali lagi.
Tapi apakan daya, tahun ni november cuma boleh berada di
bandaraya Kuala Lumpur kerana kerja.

Kenapa saya sebut berkenaan November???
Kerana tiap kali November, Disember adalah musim tengkujuh,
dan pada waktu yang sama akan berlaku BANJIR di kawasan
rumah saya, di Kampung Pohon Tanjong, Pasir Mas, Kelantan.

Tiap kali banjir, sepanjang jalan di kawasan yang dinaiki air 
bagaikan PESTA JOM HEBOH.
Serius saya cakap, memang meriah kalau tiba musim banjir.
Unik kan?
Saya share suasana banjir tahun lepas saja la.


Suka je anak-anak sedara main rakit. Mentang-mentang la bapa 
saudara ada balik kampung time banjir.





Macam kenal je yang tengah kayuh rakit tu... Time ni memang nak 
lepas geram main air kaw-kaw.



Flip tu, mana nak cari kat tempat lain.



Dua budak study OVERSEA balik semata-mata nak main air
Mohd Fuad & Abdul Mustaqi




Siap ada gerai lagi tu. Jadi kalau lepas ni ada dapat berita
Kampung Pohon Tanjong dinaiki air, cepat-cepat la kemas baju mandi
untuk main air kat sana.

Di sini ada link video semasa banjir tahun lepas. 


Enjoy...


No comments:

Post a Comment