Monday, November 24, 2014

STRESS = TEKANAN

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya tak update berkenaan produk. Saya nak bercakap berkenaan stress aka tekanan (ikut bahasa Melayu la).


Stress ni boleh jadi pada bila-bila masa sahaja dan pada sesiapa saja. Asalkan namanya saja "manusia", dia akan tetap merasai penangan stress ni. Tetapi kalau kita tak dapat nak handle tekanan yang kita hadapi dengan baik, perkara yang buruk boleh berlaku pada jiwa kita/diri kita, hubungan dengan orang sekeliling, dan menjejaskan kerja seharian kita.


Jadi pengurusan stress yang baik amat diperlukan dalam kehidupan seharian yang memang memberikan tekanan pada kita. Dengan keadaan hiruk pikuk bandar, perbelanjann bulanan, hutang piutang, masalah rumah tangga, semuanya akan mendatangkan tekanan kepada kita.


Apabila tekanan melanda, kita cenderung untuk melakukan perkara di luar pemikiran kita, perkara yang boleh membawa kemudaratan kepada kita, tetapi selepas semuanya dah berlaku, barulah kita akan berfikir balik apa yang kita buat itu tak betul. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Menyesal pun dah tiada gunanya lagi.

Jadi kita kena sentiasa ingat, walaupun besar mana masalah yang datang, sekuat mana tekanan yang menimpa, sentiasalah duduk sekejap, ambil nafas, fikir balik, draf semua apa yang membuatkan kita stress dan berusaha untuk selesaikan satu persatu masalah tersebut.


Benda ni sering juga terjadi pada saya. Tapi apakan daya, perkara yang lepas kalau dikenang kita tak boleh nak undur masa lagi. Akibatnya, hubungan dengan tersayang boleh bergolak, dengan kawan-kawan akan jadi janggal. Diharap kita dapat mengawal diri kita di masa hadapan.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment