Tuesday, December 16, 2014

MELASTIK KE LANGIT PART 2


Hari ni ada kelas di TLC Centre untuk sambungan minggu-minggu lepas untuk Task Melastik Ke Langit. Dan macam biasa saya pergi ke kelas tersebut bersama-sama partner saya sebab kami memang tekad tak nak lagi tertinggal kelas. Lagipun tajuk ni memang tajuk penting jika seorang itu betul-betul komited untuk berjaya.



Pengisian kelas daripada jam 9 malam seakan tidak cukup kerana ilmu yang dikongsikan oleh mentor-mentor teramat lah berguna, tambahan lagi bagi usahawan baru sperti saya ni. Bila dah hadir kelas ni barulah saya mula faham dan tahu teknik-teknik yang betul untuk menjadi usahawan berjaya.

"Tidak ada kejayaan yang akan datang tanpa ada usaha daripada diri kita sendiri"

Ungkapan ini yang selalu saya terapkan dalam diri saya, untuk memotivasikan diri yang sentiasa lupa akan matlamat sebenar menceburi bidang ini. Dan alhamdulillah hadirnya Mentor-mentor yang berpengalaman banyak memberi saya semangat untuk terus maju ke hadapan.




No comments:

Post a Comment