Saturday, December 6, 2014

WAIST TRAINING - ZUMBA @ TLC CENTRE

Assalamualaikum w.b.t

Semalam saya follow partner saya ke TLC Centre di Sri Gombak sebab dia ada join satu aktiviti yang dianjurkan oleh Top Leaders Circle (TLC) iaitu Program Waist Training.
Saya pun tertanya-tanya apa yang disebut waist training ni sebab saya tak pernah pun dengar program semacam ni.

Rupa-rupanya program ni dah tersebar meluas kat laman sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan pelbagai lagi media sosial yang lain, cuma saya saja yang tak tahu sebab tak berkesempatan nak follow.

Saya ingatkan aktiviti ni diadakan untuk semua gender, tetapi sangkaan saya dah meleset.
Aktiviti ini memang STRICTLY FOR LADIES. Patah hati nak berzumba juga dengan diorang ni.
Tetapi, oleh kerana saya ada bawa DSLR, saya diberi kepercayaan untuk snap gambar aktiviti mereka ni.


Wahhh, betapa bersemangatnya mereka untuk berzumba. Memang happening la aktiviti ni.
Saya difahamkan ni merupakan aktiviti sebegini yang pertama dianjurkan oleh TLC. Oleh kerana mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak pengurusan bercadang untuk mengadakan lagi program ini di masa yang akan datang.



Memang happening la program yang dianjurkan oleh TLC ni. Habis gaya tarian yang mereka buat. mana taknya dah dapat instructor berpengalaman.
Walaupun semua memakai WAIST NIPPER sepanjang aktiviti, tetapi tak menghalang untuk mereka enjoy keseluruhan program.


Hal ini adalah kerana waist nipper @ set PREMIUM BEAUTIFUL tidak akan menyeksakan si pemakain, bahkan memberi keselesaan yang maksimum kepada tubuh badan kita. Tambahan lagi dipakai sepanjang melakukan aktiviti senaman sebegini. Jadi memang tak rugi sesiapa yang memiliki set ajaib keluaran Hai-O Marketing ini.

Setakat ini sahaja entry saya hari ini. Jika ada berita terkini untuk aktiviti BERZUMBA BERSAMA TLC lagi, saya akan update.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment